Tuesday, January 02, 2007

Azam

Apabila tiba tahun baru, kebanyakan orang akan mencipta azam mereka sendiri. Dan kebiasaannya, azam itu hanya tinggal azam apabila tahun semasa berakhir. Walaupun gagal mencapai azam pada tahun tersebut, mereka tetap akan mencipta azam untuk tahun berikutnya. Antara azam yang sering didendangkan di telinga kita adalah:-

  • Nak bekerja lebih keras (apa yang keras entah, dok lagu tu jugak, datang office lewat, balik cepat)
  • Nak beribadah dengan lebih sempurna (ye la, awal tahun je, lepas tu solat pun jarang-jarang)
  • Nak berhenti merokok (paling lama pun seminggu, lepas tu bersembur balik la asap2 rokok tu... lagi teruk dari tahun lepas)
  • Nak simpan duit (lagu mana nak simpan, setiap tahun baru, harga minyak naik, rokok naik, tol naik..... tak yah la azam benda ni..)
  • Nak belajar lebih tekun (khas untuk budak sekolah.. biasanya time buku masih bau kedai aje depa ni tekun belajar, lepas tu, buku yang masih ada sisa-sisa bau kedai tu, tersimpan rapi di dalam laci...kan?)
  • Nak kahwin (keh..keh..keh..keh..keh........................ ada calon/duit boleh cerita, tak der kalu, create la azam lain)
  • Nak timang cahaya mata (dah kahwin baru boleh cerita, tak der kalu, create la azam lain)
  • Nak bertudung (no comment....)

So, aku dah senaraikan beberapa azam yang biasa kita dengar. Azam aku tahun 2007?

NAK JADI USAHAWAN SEPENUH MASA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home