Hari Yang Mula Sekolah
Bismillah
Hari ini merupakan hari pertama (dan kedua) persekolahan pada tahun 2007. Makanya jalan-jalan di sekitar sekolah akan sesak dengan ibubapa dan pelajar. Termasuklah cikgu, pak cik tukang kebun, akak pustakawan, abang makmal dan juga mak cik kantin. Meriah la kat sekolah hari ni. Ini mengingatkan aku pada zaman aku bersekolah dulu...
Aku mula gi sekolah pada tahun 1983. Masuk tahun 1 la tu. Aku tak pernah gi sekolah makan. Tahun ini adalah KBSR diperkenalkan dengan konsep 3M. Aku bersekolah kat kampung aku sampai la Tahun 6. Masa dulu ada Penilaian Darjah 5. Tapi batch aku merupakan perintis untuk UPSR iaitu pada tahun 1988.
Lepas habis sekolah rendah, aku masuk sekolah menengah, setahun kemudian. Tahun ni jugalah KBSM diperkenalkan. Selepas ujian penentuan kelas, aku ditempatkan di kelas 1 Perdagangan 1, iaitu kelas no. 1 la untuk sekolah tu. Disebabkan keputusan UPSR aku memenuhi syarat, maka aku ditawarkan keuniversiti kelas Rancangan Khas beberapa minggu kemudian. Sebagai pelajar RK, kami diwajibkan tinggal di asrama. Kat daerah aku, ada 2 sekolah luar bandar yang ada asrama. 1 sekolah menempatkan asrama putera (sekolah aku lah) dan 1 lagi menempatkan asrama puteri (sekolah akak aku). Maka bermulalah ekspedisi aku sebagai pelajar asrama. Aku mula belajar basuh baju sendiri, bangun pagi dengan dikejutkan oleh loceng asrama, kemas katil sendiri, nak makan kena beratur, makan dalam tray, solat berjemaah, prep malam, outing hujung minggu dan balik kampung. Aku kekal di kelas RK sehingga tingkatan 3 dan pada tahun 1991 aku menghadapi SRP.
Ketika keputusan SRP diumumkan, sekolah aku menduduki tempat pertama peratus kelulusan untuk daerah. Makanya, masa masuk tingkatan 4, kami telah diarak dari pintu pagar utama hingga ke dewan sekolah. Kiri kanan pelajar tingkatan lain yang bertepuk tangan sambil melambai-lambai tangan. Masa tu, kita orang rasa macam artis lak.. muahahaha. Masa di tingkatan 4, aku ditempatkan di kelas 4 Bestari, kelas pertama aliran Sastera.
1993, aku menduduki SPM. Dengan 10 mata pelajaran yang didaftarkan, aku hanya lebih seronok untuk ambil paper lukisan. Yang lelain tu, tak berapa seronok, cuak giler babeng. Lukisan tak yah baca buku beb. Sepanjang menunggu keputusan SPM, aku hanya duduk di rumah. Makan, tidur, tengok tv, merayau kat town.
Selepas keputusan diumumkan, alhamdulillah, walaupun aggregatnya menimbun-nimbun, namun itulah hasil yang aku perolehi.
Bulan April 1994, aku ditawarkan ke tingkatan 6 bawah. Tapi kat sekolah lain. Sebab sekolah asal aku hanya sampai tingkatan 5 sahaja. Masa tingkatan 6 ni lah aku hidup tak ingat dunia. Masa exam, keputusan aku teruk giler babeng. Dalam 5 mata pelajaran, aku hanya dapat 1P, lain tu semua fail. (mmm.. lupa lak sistem tingkatan 6 macam mana. setiap subjek ada 2 paper. kalau pas dua2 paper, kita dapat principal, fail 1 paper dapat distinction, fail dua2 paper dapat fail la.. betul ke?) Aku masih ingan, Prinsip Akaun aku dapat 15/100.. muahaha.. handal tak handal la aku nih.
Hari ini merupakan hari pertama (dan kedua) persekolahan pada tahun 2007. Makanya jalan-jalan di sekitar sekolah akan sesak dengan ibubapa dan pelajar. Termasuklah cikgu, pak cik tukang kebun, akak pustakawan, abang makmal dan juga mak cik kantin. Meriah la kat sekolah hari ni. Ini mengingatkan aku pada zaman aku bersekolah dulu...
Aku mula gi sekolah pada tahun 1983. Masuk tahun 1 la tu. Aku tak pernah gi sekolah makan. Tahun ini adalah KBSR diperkenalkan dengan konsep 3M. Aku bersekolah kat kampung aku sampai la Tahun 6. Masa dulu ada Penilaian Darjah 5. Tapi batch aku merupakan perintis untuk UPSR iaitu pada tahun 1988.
Lepas habis sekolah rendah, aku masuk sekolah menengah, setahun kemudian. Tahun ni jugalah KBSM diperkenalkan. Selepas ujian penentuan kelas, aku ditempatkan di kelas 1 Perdagangan 1, iaitu kelas no. 1 la untuk sekolah tu. Disebabkan keputusan UPSR aku memenuhi syarat, maka aku ditawarkan ke
Ketika keputusan SRP diumumkan, sekolah aku menduduki tempat pertama peratus kelulusan untuk daerah. Makanya, masa masuk tingkatan 4, kami telah diarak dari pintu pagar utama hingga ke dewan sekolah. Kiri kanan pelajar tingkatan lain yang bertepuk tangan sambil melambai-lambai tangan. Masa tu, kita orang rasa macam artis lak.. muahahaha. Masa di tingkatan 4, aku ditempatkan di kelas 4 Bestari, kelas pertama aliran Sastera.
1993, aku menduduki SPM. Dengan 10 mata pelajaran yang didaftarkan, aku hanya lebih seronok untuk ambil paper lukisan. Yang lelain tu, tak berapa seronok, cuak giler babeng. Lukisan tak yah baca buku beb. Sepanjang menunggu keputusan SPM, aku hanya duduk di rumah. Makan, tidur, tengok tv, merayau kat town.
Selepas keputusan diumumkan, alhamdulillah, walaupun aggregatnya menimbun-nimbun, namun itulah hasil yang aku perolehi.
Bulan April 1994, aku ditawarkan ke tingkatan 6 bawah. Tapi kat sekolah lain. Sebab sekolah asal aku hanya sampai tingkatan 5 sahaja. Masa tingkatan 6 ni lah aku hidup tak ingat dunia. Masa exam, keputusan aku teruk giler babeng. Dalam 5 mata pelajaran, aku hanya dapat 1P, lain tu semua fail. (mmm.. lupa lak sistem tingkatan 6 macam mana. setiap subjek ada 2 paper. kalau pas dua2 paper, kita dapat principal, fail 1 paper dapat distinction, fail dua2 paper dapat fail la.. betul ke?) Aku masih ingan, Prinsip Akaun aku dapat 15/100.. muahaha.. handal tak handal la aku nih.
Bulan 12... aku melangkah ke Politeknik.............. itu cerita lain, topik sekarang sekolah, kan???
So, tamatlah zaman aku bersekolah 1983 - 1994
2 Comments:
ku start sekolah 1991-1997..perintis UPSR tuk 5 subjek..hehe..
p/s nice story entry ko neh..
ais_putih.. terima kasih. Sila datang lagi
Post a Comment
<< Home