Monday, January 22, 2007

Kisah Semalam

Bismillah...
21 Februari 2007 merupakan hari yang kami nantikan. Kerana tarikh itulah di mana ibu kami pulang ke tanah air setelah berada di tanah suci sejak 7 Januari yang lalu.
Kami bertolak ke KLIA jam 8.00 pagi. Sampai di sana lebih kurang jam 10.00 pagi. Mengikut jadual yang diberikan, penerbangan ibu akan sampai jam 11.50 pagi. Tetapi setibanya di sana kami lihat jadual terkini yang penerbangan beliau dijangka sampai jam 1.32 petang.
Sementara menunggu penerbangannya sampai, kami pusing-pusing, duduk-duduk, makan-makan, baca-baca. Kiranya aktiviti bebaslah. Terjumpa lak seorang teman lama ketika di Politeknik dulu. Waa.. kerja dengan MAS (sebagai apa, aku tak pastilak, tapi bukan juruterbang ataupun pramugara lah, pramugari jauh sekali) walhal belajar Civil... hehehe...
Jam 1.00 petang, kami dah berdiri di ruang legar menunggu. Jam 1.00 petang, kawasan tu dah ramai orang. Semuanya menuggu saudara mara pulang dari tanah suci.
Hampir jam 3.00 petang baru lah nampak kelibat ibu kami. Dan seperti orang lain juga lah, adegan peluk-peluk, cium-cium dan nangis-nangis pun berlaku...
Alhamdulillah, ibu kami sihat walaupun batuk-batuk. Terus kami pulang. Jam 5.30 petang sampai di rumah. Lewat sedikit sebab singgah solat kat Air Keroh.
Sehingga jam 10.00 malam, ada je orang datang. Nak jengah ibu kami.:)
Walauapaun kami bersyukur, ibu kami selamat pergi dan selamat sampai.
Tuhan,
Terima kasih atas lindunganMu

4 Comments:

Blogger Ayu Mohamad said...

Alhamdulillah...moga mendapat haji yang mabrur.. aminnnnnnnnnnnn

2:15 PM  
Blogger Ezad said...

insyaallah ayu

8:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah..:)
ezad, mak abah n nenek sedara sy pon dah balik, 22hb. 830mlm...:)

10:58 PM  
Blogger Ezad said...

alhamdulillah, harap semuanya sihat ye skidg8..:)

11:01 PM  

Post a Comment

<< Home