Thursday, February 22, 2007

Mencari Pasaran

Bismillah...
Pagi tadi, En Azahar call, dia cakap dia nak hantar barang-barang aku. Wah!! cantek lah. Tak payah la aku nak ke Seremban lagi. Tapi dia kata aggreement dia akan bawa hari Isnin. Dia nak turun Melaka. Wah!! lagi la best!! Makanya, aku dah jimat kos transport. Lepas tu, aku dah boleh promote besok. Hehehe.. best!!! Produk apa En Ezad?? uhuhuh.. tak leh bagitau lagi. Sebabnya, gambar tak ambik lagi. Barang aku dah susun kat sudut kat rumah. Gelap nak ambil gambar. Barang pun sampai kol 9mlm tadi. Hangi gak tadi. Mula-mula dia call kata driver sampai kol 4 atau 5 petang. Sudahnya sampai kol 9mlm (Melayu!!!) So pasal produk aku cerita kemudian lah. Bukan pa-apa pun minuman aje..:)
Lagi? Tak der apa2 lah, tapinya 2-3 hari ni, lenguh kaki driving..:)
Oh yer.... semenjak kerja sendiri, iaitu mencari pasaran, aku singgah beberapa masjid..:)
Untuk hari ni, aku solat Zohor kat Masjid Jamek Jasin yang baru. Baru sahaja dirasmikan masa pengisytiharan Jasin sebagai Majlis Perbandaran hari tu. Nama masjid tu ialah masjid Al-Ghaffar, sempena nama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga anak jati Jasin.

Ni gambar masjid tu...
Ketika menonton Forum Perdana tadi, seorang panel mengungkapkan kata-kata ini:-
Pepatah Cina menyatakan, jika kamu tidak mampu menjual senyumanmu, nescaya kamu tak akan mampu menjual apa-apa. Dan kamu akan gagal dalam perniagaan....
hmm.... 'produk' pertama yang perlu dijual oleh seorang peniaga adalah senyumannya sendiri, benarkan?

7 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Unik bentuk masjidnya ya.. kalau tak disebut memangla tak boleh agak bangunan tu adalah sebuah masjid.

5:10 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart.. kalau nak tau, konsep baru masjid kat melaka ni, kubahnya 4 segi. tak macam masjid yang biasa guna kubah bulat tu

9:54 PM  
Blogger famia said...

benar. benar.
hehe.

masjid tu...
kubah dia mcm ade 'China Touch'..
unik la. kat jasin eh.
nanti nak pegi la mcm ni.

10:54 PM  
Blogger Ezad said...

famia.. dalam senibina melayu melaka, ianya dipengaruhi oleh 3 unsur kaum utama, melayu pada seniukirnya, cina pada struktur bumbungnya dan india pada warnanya. kalau pusing2 kat melaka, sure akan nampak banyak rumah yang colorfull, lepas tu ada ukiran, kemudian bumbungnya mcm tokong, kan? bukan kat jasin je masjid negeri pun kubahnya 4 segi. tu masjid kat mitc pun sama. banyak lagi masjid2 terbaru kat melaka ni dah guna konsep kubah 4 segi

11:29 PM  
Blogger Ummi said...

salam,

cantik bentuk masjid tu. betul tu ezad, senyuman penting sangat. masa ummi kat UK dulu, bila masuk je kedai tuan kedai akan greet customer, bila dah siap beli dan nak balik, sekali lagi tuan kedai akan greet. sejuk hati customer yg nak beli.

so senyum seindah suria!

9:46 AM  
Blogger Ezad said...

ummi.. masjid baru, memang la cantik. ehehe.. kaler pink lagi tu:)
ye la.. lepas ni saya terpaksanya senyum depan cermin. bangun pagi, senyum, mandi senyum, makan senyum, kuar rumah senyum, driving senyum.. tidur pun senyum

8:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

senyum sokmo!:)

10:55 PM  

Post a Comment

<< Home