Monday, February 26, 2007

Makanan Segera

Bismillah...
Hari ni, apa kata kalau kita sembang-sembang pasal makanan segera ni. Sekarang ni kan heboh pasal kementerian kesihatan minta iklan pasal makanan segera ni dihentikan penyiarannya di TV. Setuju ke?
Bagi aku, sama ada benda tu ada iklan atau tidak, benda tu tetap menjadi pilihan rakyat jelata kan? Dunhill, Marlboro, Mild 7, Benson & Hedges, Salem... tu apa? Tak der iklan pun orang tau itu adalah jenama rokok. Orang tetap hisap juga. Malah, dikatakan jualannya saban tahun meningkat.
KFC, McD, Pizza Hut, A&W, Merry Brown, Meggi... tu apa? Tanya je budak-budak, for sure dia orang tau punya. Jenama-jenama tu semua orang dah kenal. So kalau tak der iklan kat TV pun, orang tetap akan membeli. Jadi, bagaimana kita nak menyeru kepada rakyat jelata supaya menghindarkan makanan-makanan tersebut.
Oppsss.. nawaitu aku sebenarnya, bukan nak berpolitik. Tapi nak menggamit memori dulu kaler.. seperti biasa, gambar di tv dah mula kabur
MEGGI... siapa tak pernah makan benda alah ni? Aku percaya, benda ni adalah makanan ruji orang bujang merangkap student dan orang-orang yang merantau, kan? Malah ada yang beli banyak2 diawal bulan demi bekalan dihujung bulan.. kan? Aku tak nafikan, bukan orang bujang je yang makan benda ni, orang yang dah kahwin pun makan, budak-budak pun makan juga.
Tapi aku nak cerita pasal orang bujang la.
Secara jujur, aku bukanlah dikatakan tegar dalam bab meggi ni. Aku tak jadikan meggi ni makanan aku dihujung bulan. Tapi tetap ada dalam simpanan (housemates beli untuk makan bersama-sama) Benda ni, aku makan kalau geng-geng 6 jahanam bertandang kat rumah (masa duduk KL dulu lah.. ingat lagi member2 6 jahanam aku yang buruQ lantaQ tu?..hehehe). Biasa lah, orang bujang mana tidur pukul 9, kan? Pukul 2, pukul 3 pun masih segar bugar lagi dengan pelbagai aktiviti. Haa.. masa ni, perut memang lapar, makanya, kami adakan aktiviti gotong-royong memasak meggi. Untuk 6 orang, biasanya kami masak 4-5 bungkus sekali gus - remember si buruQ lantaQ). Kadang-kadang rebus, kadang-kadang goreng... Siap la dengan teh O atau Milo. Tapi kadang-kadang hidang Coke (sorang runner pi beli kat 7E), & tambah la dengan keropok ke.. ape2 junk food lain. Bila dah complete, seperti biasalah, akan dihidangkan di atas surat khabar, di depan TV. Maka, tamatlah riwayat meggi-meggi itu dibaham dek kami semua. Gerenti tak der yang tinggal, habis licin semuanya. Dan kebiasaannya, bila dah melantak, & disudahi dengan aktiviti menghembus asap-asap yang merosakkan paru-paru, baru la kita orang boleh tidur.. hahahaha
Itulah, aku hanya akan makan benda tu bila reramai la, kalau sorang-sorang, tak layan sangat benda ni. Tapi tak tau la org lain.. aku cerita pasal aku... sebab ni blog aku, kan? hahaha

12 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Aktiviti yg ezad cerita nie, sama jer ngan aktiviti saya masa kat kampus, cuma xde aktiviti yg merosakkan paru2 tue..hhihi..maggie sedap dimakan oiii

10:02 AM  
Blogger Purpleheart said...

Kalau tak ada iklan pun orang tetap juga akan beli. Memang layan kalau makan megi ramai2, sorang2 tak syiok..

2:51 PM  
Blogger kakLuna said...

mee maggi cepat di masak sedap di makan

dulu2 klu beli maggi 5 bungkus,percuma 1 sudu..maggi masa tu pun murah je..ada la dlm 3posen

3:29 PM  
Blogger cepotet said...

megi ni berhantu agaknya. masa zaman duk hostel, takleh makan megi. tapi mesti nak curik curik gak makan. skrg dah keje, dah leh makan ikut sedap gigi tapi jadik tak lalu lak nak makan. apepun, megi gak yang dicarik time kelaparan. huhuhu.. *sengih*

7:12 PM  
Blogger famia said...

megi sedapppppppppp..
lebih2 lagi megi ayam!!
alahai. aku dah terlior.
nak masak megi kejap la.

9:27 PM  
Blogger Ezad said...

aarin
haa.. biasa la budak hostel. benda tu la penyambung nyawa. hehe.. kita org, lepas makan penyambung nyawa tu, kita org hisap pemutus nyawa lak. hahaha

purpleheart
ye la, layan sorang2 jadik sedih lak. sebab mengenangkan diri yang serba kekurangan. makan kurang, gaji kurang.. kan?

kakluna
ha ah. beli maggi percuma sudu. kira ok la, related. ada tu, beli ubat gigi percuma kereta mainan. hehe

erni
ye la, kat hostel makan maggi rendam dgn air panas je. dah keje makan maggi goreng mamak.. layann

famia
lagi sedap maggi kari. haha..
errr.. maggi goreng 1 cik!!

10:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

My Msian friend said, maggi mie cepat dimasak sedap dimakan...tried it,mmg sedap apalagi kalau dicampur udang atau telur, cabbage, carrots and spring onion!!...sekali sekala ok dimakan tapi kalau selalu bahaya sbb ade wax woo...nti bole dpt liver cirrhosis!!

6:39 AM  
Blogger Ezad said...

noushy
kalau dah mcm tu cara masaknya, dah jadi lambat lah. sebab nak pecah telo, nak potong sayo, nak potong bawang, baik masak mee goreng je... selamaaatt..hehe

6:08 PM  
Blogger skidg8 said...

:)
makan jarang2...setahun, bape kali tah...:)

10:29 PM  
Blogger Ezad said...

skidg8
sama lah.. saya sejak kerja kat Melaka ni, tak usik pun benda tu. dah 2 tahun lebih dah.. hehehe

11:20 PM  
Blogger Zetty said...

ezad,

kalau org dah kawin masak maggi dah cara lain ... saya biasa masak maggi cam mee goreng .. siap ada udang kecik, hotdog, cili padi, sayur2an ngan segala mala rencah and isi yg ada .. mmg sedap ...tiap2 bulan mesti ada skali goreng maggi .. hahaaha..

10:15 PM  
Blogger Ezad said...

yatie
kalau dah taruk macam2, dah tak kena dgn motto maggi tu
cepat dimasak sedap dimakan
dah jadi
lambat dimasak bahaya dimakan.. kekeke

3:02 PM  

Post a Comment

<< Home