Sunday, February 25, 2007

Kena Tag

Bismillah...
Semalam aku kena tag. Ni semua kerja dak FAMIA la ni. Mentang-mentang la dia kena tag, lepas tu aku pun di tag sama. 6 benda pelik dari aku? Huh.. bak kata orang yang tag aku ni pun, pelik tu sebenarnya normal. Tak der pun peliknya. Lain la, boleh berjalan atas air ke, boleh terbang ke, pelik la tu kan...
Tapi tak pe la. Ni aku senaraikan perkara-perkara 'pelik' yang ada dalam tubuh badan aku. Kalau korang rasa tak pelik, tak pe la, aku faham.. hehehe.. Kalau aku tulis aku boleh terbang, korang percaya tak? hahahahaha
KESATU Aku paling suka tengok orang. Maksud aku bukan la tenung cam nak makan orang tu. tak..Kalau ada kelapangan, aku suka duduk kat 1 sudut di mana ramai orang lalu lalang. Kat situ, aku akan perhati je. Satu persatu orang akan aku tengok. Bukan tengok apa la, tengok gaya, cara pakaian, perangai. Sebenarnya, dengan memerhati, kita akan memperbaiki diri kita. Kan?
KEDUA Mudah sangat tersentuh sampai boleh nangis-nangis lagi. hhaha.. aku jantan ok. Siapa kata jantan tak nangis. Kalau tak pernah nangis tu, hati batu kot. Pernah dengar iklan kat era, pasal kanak-kanak atau seorang wanita memangis sebab kehilangan orang tersayang masa raya beberapa tahun lepas. Iklan tu boleh buat aku nangis.
KETIGA Kalau makan, aku tak gemar makan benda yang leceh-leceh. Contohnya ketam, udang atau kerang. Yang mana kena kopek kulit kalau nak makan. Lepas tu, tangan lak penuh dengan nasik. Kopek kulit pulak tu. Pakai dua-dua belah tangan lak. Aiseyy.. leceh la. So, aku tak makan benda-benda ni. Tapi kalau kerang tu aku makan la, tapi lepas makan nasi, lepas basuh tangan.
KEEMPAT Kalau aku beli barang, contohnya time raya la (contoh je!!), sure kita beli macam-macam untuk persiapan raya, kan? Aku tak gemar beli barang-barang tu sekali gus. Katakan la time raya nak beli baju, seluar, kasut etc. Aku akan beli baju/seluar dulu. Kemudian, hari yang lain aku beli kasut lak. Hari lain benda lain lak. Dan biasanya, di kedai yang berlainan juga.Tapi aku tak cerewet, aku bukan rambang mata. Kalau rasa rupa OK, warna OK, harga Ok, aku capai je.
KELIMA Tak gemar sangat bercakap kat telefon. Sebab? Entah le, aku rasa macam tak best la sembang2 kat telefon tu. Biasa aku cakap benda-benda yang penting je. Kalau dah meleret-leret tu, isk rasa cam rimas je.
KEENAM Suka main air. Kalau dok dalam bilik air tu, lama gak la aku lepak. Dekat-dekat sejam tu, senang-senang je aku perabih kan dalam bilik air. Sebenarnya, macam2 kita boleh buat dalam bilik air tu tau. hehehe....
KETUJUH eh.. enam je kan.....
Pelik ke? Tak kottt. Biasa-biasa je kan? Tapi kalau rasa pelik, ok la tu kan. Maka tercapailah matlamat tag ni diberikan kepada aku
So, siapa yang patut buat tag ni seterusnya? Sesiapa pun boleh. hehehe.. OK tak? Buat la.. kata member

11 Comments:

Blogger famia said...

hah hah hah.
ko layan jugak smart tag tak senonoh ni. time kaseh la encik.

No. 1
-> ha ha. termasuk ko... dah orang ke berape tah aku jumpe yg ade hobi mcm ni.

No. 2
-> bagos. jiwa ko lembut. hati ko pon lembut. sejuk la orang rumah mcm tu.jarang jumpa laki perangai mcm ni. hehe. spesis terancam lah ko ni.

No. 3
-> haha. laki memang mcm tu. kalau ade orang rumah kopekkan.. konfem la dia makan. kan?

No. 4
-> ha ha. tahan yee ko keluar berkali-kali. bagos.

No. 5
-> betol2. same dengan.

No. 6
-> ha ha. encik... ko buat ape dlm bilik air lama2. kalau cuci bilik air tu takpelah. kalau lain... ko memang anih.

ha ha.
oke. smart tag tamat.

12:14 AM  
Anonymous skidg8 said...

a'ah la..spesis terancam nih.ble nangih eh?:)

anyway,selamat maju jaya,ezad!:)

1:04 AM  
Anonymous skidg8 said...

a'ah la..spesis terancam nih.ble nangih eh?:)

anyway,selamat maju jaya,ezad!:)

1:04 AM  
Anonymous noushy syah said...

Nothing wrong jika lelaki punyai jiwa lembut dan senang nanes..tu penyayng orgnya kalau camtuh..:)

ngehh..penyayang arr nih?

1:53 AM  
Blogger ummibatrisya said...

salam,

pelik mmg pelik. macam anak ummi suka duduk dalam bilik air lama2. kdg2 ummi mengintai dia tgh basuh bilik air sampai berkilat.:)

8:50 AM  
Blogger kakLuna said...

ku juga tak suka bercakap di telefon..betul kata mu..rimas

12:56 PM  
Blogger Ezad said...

famia
layankan aje. hehe
1- hobi paling popular
2- ha.. spesis terancam pun. sapa tak dpt rugi.. kekeke.. lembut di dlm, keras di luar. mcm cokelat lak
3- kalau ada org rumah, jgn kata kopek. mintak suapkan skalik
4- bukan keluar, tapi singgah. tak mana rajin der keluar rumah semata-mata nak beli stokin
5- tabiat popular gak
6- buat apa? takkan basuh baju kottt.. hehehehe

skidg8
terima kasih. spesis yang mendapat perlindungan dari jabatan perhilitan (perhilitan ke?)

noushy
ye..ye.. nothing wrong. tapi bukan penyayang.. penayang.. kekeke

ummi
sama spesis dengan anak ummi kot

kakluna
ye..ye.. boleh meletup dibuatnya kalau ckp lelama kat hp kan? hehehe

11:25 PM  
Anonymous daineso said...

sgt suka ketam dgn udang..

12:21 AM  
Blogger Ezad said...

daineso
suka tengok org makan udang.. hehehe

8:36 PM  
Blogger azzam bellamy said...

mengikut firasat aku la kan..ko ni lelaki yg 'complicated'..hahahaha!

apa2 pn ko mmg macho, beb! sama dgn aku..heh!

salam grunge, beb!

10:32 AM  
Blogger Ezad said...

azzam
tak der la complicated sangat. tapi memang macho sgt..

10:12 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home