Bersama Memerangi Jenayah - Siri 1
BULI
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Siapa yang sering membuli (Pembuli)?
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Siapa yang sering membuli (Pembuli)?
- Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan 4, 5 dan 6.
- Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
- Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
- Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
- Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Siapa yang sering dibuli (Mangsa Buli)?
- Terdiri daripada pelajar menengah rendah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 serta pelajar sekolah rendah.
- Bertubuh kecil
Kenapa mereka sering dibuli?
- Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
- Individu yang membuli ini mungkin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
- Mereka pernah menjadi mangsa buli.
- Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdiri daripada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
- Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
- Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan rasa bosan.
- Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.
- Akibat masalah keluarga.
- Sekadar mahu berseronok.
Jenis-jenis buli
1. Buli fizikal
- Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit datau sepak terajang sehingga menyebabkan kecederaan.
- Palin ganas boleh menyebabkan kematian.
2. Buli mental
- Lebih kepada ejek mengejek. Misalnya jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
- Sungguhpun kes buli ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
- Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, samada dalam bentuk fizikal atau mental. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan buli.
- Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada pelajar untuk dibaca bersama dengan ibubapa.
- Tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
- Perlu diwujukan 1 jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibubapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
- Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah.
- Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari masa ke semasa.
Maklumat dari:-
Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
Siri 2 - Curi Kenderaan
2 Comments:
Aku dulu mangsa buli mental.. adehhh.. sangat tekanan
ledi
sabar la mental. sesungguhnya ia jadikan kita kuat
Post a Comment
<< Home