Bersama Memerangi Jenayah - Siri 6
PECAH RUMAH
Bagaimana Ianya Dilakukan?
- Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
- Menggunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.
- Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
- Masuk melalui bumbung/siling yang terbuka.
- Tingkap yang tidak berkunci/terbuka.
- Menggunakan kunci pendua.
Sebab Berlaku
- Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong.
- Tiada bermuafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing.
- Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar.
- Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar yang tidak dihentikan.
- Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara-Cara Mencegah
- Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
- Sentiasa pasang lampu bila keluar rumah.
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang boelh membantu pemecah rumah bertindak.
- Hubungan yang baik dengan jirandapat membantu keselamatan rumah apabila kita tidur.
- Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
- Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/bangunan.
- Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah
- Segera buat laporan di Balai Polis berdekatan.
- Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang-barang yang didapati berserakan selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti yang di tempat kejadian seperti kesan cap jari stsu alat-alat yang ditinggakaln penjenayah.
Maklumat dari:-
Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
Siri 7 - Ragut
0 Comments:
Post a Comment
<< Home