Wednesday, December 12, 2007

Bersama Memerangi Jenayah - Siri 4

JENAYAH KOMERSIAL
Akta Sewa Beli 1967
Kebanyakan laporan yang diterima darpada mangsa yang menjual kenderaan yang masih lagi dalam perjanjian sewabeli/trade in kenderaan yang masih dalam perjanjian sewa beli yang mana pembelitidak dapat meneruskan pembayaran dan mangsa kemudiannya telah dikenakan tindakan saman oleh pihak institusi kewangan yang berkaitan.
PERINGATAN!!!
  • Pemilik kenderaan yang masih di dalam perjanjian sewabeli dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak institusi kewangan sebelum menjual kenderaan mereka.
  • Pastikan pembeli menjelaskan tunggakan di institusi kewangan sebelum menyerahkan kereta.

Kesalahan

Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh penyewa berhubung Akta Sewa Beli 1967 adalah seperti berikut:-

Gagal untuk menyatakan di mana barang-barang tersebut berada.

Seksyen 37 (2) Akta Sewa Beli 1967

Jika:-

a) Seseorang penyewa memindahkan barang-barang yang terkandung dalam sesuatu perjanjian sewa beli dari alamat yang ditentukan atau;

b) Barang-barang yang terkandung dalam sesuatu perjanjian sewa beli hilang atau dipindahkan atau diambil daripada milikan penyewa, penyewa hendaklah memberitahu pemunya secara bertulis atau menyatakan di hadapan pemunya:-

i) alamat terbaru di mana barang-barang itu disimpan.

ii) tarikh dan hal keadaan di mana barang-barang itu hilang.

iii) tarikh dan hal keadaan di mana barang-barang itu telah dipindahkan atau diambil daripada milikannya. Mana-mana penyewa yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen ini dalam tempoh 14 hari kehilangan atau pemindahan barang-barang itu adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini.

Seksyen 38 menyatakan:

Setiap orang yang dengan pelupusan atau penjualan mana-mana barang yang terkandung dalam satu perjanjian sewa beliatau oleh pemindahan barang-barang atau dengan mana-mana cara lain, memfraud atau mencuba untuk memfroud pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah akta ini dan akan, jika disabitkandikenakan denda tidak melebihi RM10,00.00 atau penjara bagi tempoh tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya.

Penjualan froud atau pelupusan barang-barang oleh penyewa

Kesalahan ini sering dilakukan oleh tuanpunya kenderaan di mana menjualkan kenderaan kepada pihak ketiga tanpa dimaklumkan kepada pemunya (institusi kewangan). Sekiranya pembeli menjelaskan tunggakan yang masih terhutang sebelum anda menyerahkan kenderaan kepada pembeli. Jika tidak, anda masih dipertanggungjawabkan ke atas tunggakan tersebut dan kesalahan di bawah seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967.

Kes Penipuan Tanah

Kebanyakan laporan yang diterima melibatkan warga emas yang didatangi oleh suspek yang pada peringkat awalnya berurusan untuk menyewa atau membeli rumah/tanah dan meminta nilai sewaan dan jualan itu dinaikkan bagi memperolehi komisyen.

Seterusnya, suspek akan mengajak mangsa untuk berjumpa dengan majikan mereka kebiasaanya di hotel mewah. Semasa perjumpaan tersebut, topik perbincangan akan bertukar kepada pembelian tanah dan mengajak mangsa berkongsi dalam urusan pembelian tanah tersebut yang mendatangkan keuntungan yang lebih besar. Setelah wang diperolehi, suspek melarikan diri dan gagal dihubungi.

Langkah-Langkah Pencegahan

  • Semak tentang kedudukan tanah dari segi pemilikan di Pejabat Tanah yang berkenaan sebelum wang diserahkan.
  • Berurusan di pejabat peguam atau pejabat tanah.
  • Catatkan maklumat berkenaan suspek iaitu pengenalan diri, kenderaan yang dinaiki dan sebagainya.
  • Jangan terlalu mudah percaya kepada tawaran yang tidak munasabah.
  • Janagn cepat/mudah percaya kepada orang yang baru kita kenali untuk membuat sebarang urusan.

Cabutan Bertuah

Satu lagi kaedah penipuan yang semakin berleluasa masakini. Perbuatan penipuan ini dilakukan oleh sindiket dengan menggunakan remaja belasan tahun untuk membuat promosi.

Modus Operandi

  • Suspek berjumpa mangsa untuk mendapatkan maklumbalas terhadap sesuatu jenama barangan yang terdapat di pasaran.
  • Topik perbincangan beralih kepada menawarkan hadiah dengan cara memberi kad untuk digores dengan memaklumkan bahawa mangsa akan memenangi hadiah menarik.
  • Mangsa kemudiannya dikehendaki untuk membuat bayaran berdasarkan harga barangan yang tertera pada kad cabutan bertuah dan seterusnya melayakkan mangsa untuk menyertai cabutan bonanza.
  • Mangsa akan menerima barangan seperti yang tertera di kad di mana nilainya adalah lebih murah daripada nilai sebenar di pasaran.
  • Setelah itu, suspek menghilangkan diri dan gagal untuk dikesan oleh mangsa.

Langkah yang perlu diambil

  • Orang ramai hendakalah berhati-hati dengan jurujual yang datang ke rumah dan menawarkan barangan serta hadiah pada harga yang murah.
  • Apabila mereka datang kerumah pastikan semakan dibuat dari segi pengenalan diri, pendaftaran syarikat dan lesen jualan langsung.
  • Jika tidak pasti, tanya kepada jiran-jiran anda ataupun rakan-rakan yang berpengetahuan berkaitan hal ini.

Maklumat dari:-

Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka

Siri 5 - Narkotik

0 Comments:

Post a Comment

<< Home