Tuesday, December 11, 2007

Bersama Memerangi Jenayah - Siri 3

GANGSTERISM

Faktor Pelajar Terjerumus
  • Pengaruh kawan atau rakan sebaya yang telah terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
  • Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri (low self-esteem).
  • Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
  • Mereka kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.

Langkah Pencegahan

  • Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan gangterism di sekolah (pelajar, ibubapa, penjaga, pihak sekolah, polis dan ahli masyarakat).
  • Orang ramai perlu bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan tidak sihat.
  • Ibubapa atau penjaga hendaklah memberitau pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam gangsterism di sekolah.
  • Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
  • Ibubapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan sekolah atau polis dalam menangani gangsterism yang melibatkan ahli keluarga mereka.
  • Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
  • Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

Maklumat dari:-
Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
Siri 4 - Jenayah Komersial


4 Comments:

Blogger cepotet said...

saya juga salah seorang gangster sekolah. ganas tau saya ni. hikhik..

bagus ezad ni. cegah gangster. bleh jadik bapa yang baik neh. *senyum*

1:23 PM  
Blogger Ezad said...

cepotet
saya bekas gangster juga. lagi ganas. makan budak punya gangster

bapa yg baik? kekeke.. mana anak2ku ni???

10:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

ezad, ko tengok dan jeling2 ler tunang ko tu...

hehehe

4:20 PM  
Blogger Ezad said...

wan
errr....
tunang?
mana tunang ku ni?
bwah meja?.... tak der
bawah katil?... tak der
dalam almari?... tak der

kat mana yerrr???

12:11 PM  

Post a Comment

<< Home