Bersama Memerangi Jenayah - Siri 9 (Akhir)
Apa Yang Setiap Pejalan Kaki Perlu Tahu?
2- Gunakan Kemudahan Lintasan Jalan Yang Betul - Tunjukkan contoh yang baik. Jangan melintas jalan yang sibuk secara sembarangan. Amalkan penggunaan lintasan pejalan kaki, lintasan berlampu isyarat atau jejantas. Di tempat yang terdapat ORANG HIJAU, melintaslah hanya apabila tanda orang hijau bernyala. Sedikit usaha dan keprihatinan boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.
3- Berjalan Menghadap Arah Kenderaan - Perjalanan menjadi lebih selamat jika anda dapat melihat kenderaan yang datang ke arah anda. Ajar anak-anak anda berjalan menghadap arah kenderaan yang mendatang. Walaupun mereka tidak dapat mengagak bentuk atau jarak, kanak-kanak dapat melihat kenderaan yang datang ke arah mereka dengan lebih baik dan meningkatkan peluang mereka untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
4- Cara Melintas Dengan Selamat - Sentiasa amalkan cara melintas jalanraya dengan selamat. Lihat kanan, kiri dan kanan semula dan melintaslah apabila ianya selamat. Berjalan dengan tenang dan janan terburu-buru semasa melintas.
5- Berikan Perhatian - Beri perhatian terhadap arus lalu lintas dan jangan bermain berhampiran jalan raya. Tingkah laku sebegini boleh mengganggu perhatian pemandu dan boleh menyebabkan kemalangan.
6- Cara Yang Betul Menggunakan Lorong Pejalan Kaki Di tepi Jalan Raya - Semasa menggunakan lorong pejalan kaki, jangan berjalan terlalu hampir dengan jalan raya. Sekiranya anak anda tergelincir atau jatuh, dia tidak akan jatuh di atas jalan raya. Pastikan anak anda faham kepentingan menggunakan lorong pejalan kaki dengan betul. Sentiasa membimbing anak anda dalam memahami perkara yang patut serta tidak patut diamalkan semasa berada di jalan raya.
Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Pemandu?
1- Tali Pinggang Keledar Belakang - Sebelum memulakan perjalanan, ingatlah penumpang anda di belakang. Pastikan mereka memakai tali pinggang keledar sentiasa. Jadikannya satu amalan, terutamanya sekali jika terdapat penumpang kana-kanak.
Ada sebabnya mengapa ciri keselamatan ini dipasang dan wajar digunakan. Semasa dalam perjalanan, kita kadang kala perlu melakukan brek kecemasan untuk mengelakkan kemalangan. Apabila ini berlaku, kita akan terhumban ke hadapan. Jika kita tidak memasang tali pinggan keledar di belakang, penumpang bukan sahaja boleh mengalami kecederaan serius yang membawa kematian kepada diri sendiri malah kepada penumpang dan pemandu di hadapan mereka.
2- Pandang Cermin, Beri Isyarat, Baru Pandu - Sebaik sahaja anda menghidupkan kenderaan anda, ingatlah 3 langkah asas ini sebelum anda memulakan pemanduan anda.
- Pertama, lihat cermin belakang dan sisi anda untuk memastikan bahagian belakang dan sisi kenderaan tiada lalulintas atau pejalan kaki, termasuk anak-anak kecil.
- Kedua, beri isyarat arah mana kenderaan anda hendak dipandu supaya para pemandu dan pejalan kaki mengetahui niat pergerakan anda.
- Ketiga, apabila semuanya selamat, pandulah kereta anda dengan berhati-hati. Awasi kenderaan arah depan yang datang secara mengejut. Sentiasa amalkan kegunaan cermin dan pemberian isyarat, ia sangat penting sebelum pergerakan menukar lorong dilaksanakan.
3- Jangan Memandu Laju - Fikirkan betul-betul, berapa banyak sangat masa yang anda boleh jimatkan ketika memandu laju? Dan bagaimana pula risikonya? Anda membahayakan banyak nyawa. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan penyesalan seumur hidup. Adakah ia berbaloi? ingatlah tanggungjawab anda sebagai orang dewasa terutama sekali semasa memandu. Biar lambat asal selamat.
4- Memotong Barisan - Jangan ambil mudah perkara berkaitan keselamatan atau etika jalan raya yang ebtul. Memotong barisan bukan sahaja biadap, malah anda juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Anda juga berkemungkinan membawa padah kepada diri anda, para penumpang anda dan orang lain yang tidak berdosa. Selain itu anda juga menunjukkan contoh yang tidak baik kepada si kecil. Anak-anak akan meniru kelakuan anda dan sebagai ibubapa anda harus mengamalkan amalan keselamatan jalan raya yang baik.
5- Mengikut Terlalu Rapat - Jangan mengikut kenderaan di depan terlalu rapat. Pandulah pada jarak yang selamat. Petuanya ialah memandu pada jarak 4 saat di antara kereta. Kiralah 1001... 1002... untuk memastikan jarak masa tersebut antara dua kenderaan anda. Ingatlah bahawa kereta memerlukan masa untuk berhenti. Jika anda terlalu rapat, perlanggaran pasti berlaku apabila kenderaan di hadapan membuat brek kecemasan. Perbuatan ini juga boleh mengakibatkan perlanggaran berturutan.
6- Berehat Bila Penat - Sebelum memulakan perjalanan jauh, dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Adalah amat tidak bertanggungjawab jika anda memandu semasa anda dalam keadaan letih atau mengantuk. Pertimbangan jalan raya anda akan terjejas. Jika anda merasa letih atau mengantuk sewaktu memandu jauh, berhentilah di kawasan rehat yang sesuai dan tidurlah sebentar. Perjalanan anda sekeluarga lebih meriangkan dan juga lebih selamat dengan cara begini. Orang tersayang akan merasa lebih yakin bila mengetahui anda pemandu yang bertanggungjawab.
7- Rancang Perjalanan Anda - Rancanglah perjalanan anda untuk pemanduan yang lebih lancar. Memandulah semasa kenderaan tidak banyak di jalan raya. Mulakan perrjalanan lebih awal. Elakkan daripada menghadapi situasi di mana anda perlu memandu secara tergesa-gesa. Pastikan keluarga anda memahami kepentingan merancang setiap perjalanan terutamanya perjalanan jauh. Siapkan anak-anak anda lebih awal. Buat senarai semak pada malam sebelumnya. Nikmati permulaan yang selesa dan perjalanan anda akan lebih selamat tanpa sebarang masalah.
Petua Ciri Keselamatan Semasa Membeli Kenderaan Baru
Kenderaan baru mempunyai ciri keselamatan yang biasa dan secara pilihan. Pastikan kenderaan baru yang anda beli mempunyai ciri keselamatan berikut:-
- Tali pinggang keledar hadapan dan belakang
- Beg udara
- ABS - Sistem Brek Anti Kunci
Ciri keselamatan secara pilihan:-
- Kerusi keselamatan yang bersesuaian dengan umur anak anda (bagi yang berkeluarga)
- Alat pengesan semasa mengundur
Apa Yang Setiap Penunggang Motosikal Perlu Tahu?
1- Topi Keledar Menyelamatkan Nyawa
- Topi keledar adalah perlindungan terbaik anda. Pakaian sepanjang masa tidak kira berapa dekat perjalanan anda. Ia mungkin menyelamatkan nyawa anda.
- Ikatkan topi keledar anda betul-betul. Anda tidak dilindungi sepenuhnya jika tidak mengikatnya dengan ketat.
- Pastikan topi keledar anda memenuhi piawaian keselamatan SIRIM. Gantikannya jika rosak atau telah mengalami kemalangan kerana ianya tidak lagi selamat digunakan.
- Belilah topi keledar yang benar-benar muat untuk memastikan keselesaan dan perlindungan maksimum anak-anak anda.
2- Merah Tanda Berhenti
- Melanggar lampu merah membahayakan semua pengguna jalan raya termasuk anda. Sama ada anda terlambat, tergesa-gesa atau merasakan 'selamat' bukanlah sebab untuk melakukannya. Penantian beberapa saat boleh menyelamatkan nyawa anda. Berhentilah di lampu isyarat merah. Hargailah nyawa anda.
3- Ikut Satu Laluan
- Menunggang sambil mencelah-celah kenderaan meningkatkan risiko maut setiap kali anda memotong kenderaan. Anda mungkin merasakan mencelahkenderaan cara paling cepat untuk sampai ke destinasi anda. Sedarlah bahawa sebenarnya cara ini amat berbahaya.
- Pengguna jalanraya yang lain mungkin terkejut jika anda muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka. Mereka tidak mungkin dapat menjangkakan pergerakan anda dan mungkin mempercepatkan kenderaan atau menukar laluan tanpa dijangka. Ini bukan sahaja membahayakan anda malah para penunggang lain yang tergesa-gesa perlu bertukar arah untuk mengelakkan anda. Gunakan laluan motosikal jika ada.
- Jika anda perlu menukar laluan, berilah isyarat yang jelas kepada pengguna jalan raya yang lain. Pasang lampu isyarat dan melambai-lambai tanan anda ke arah laluan yang hendak dituju. Isyarat yang awal memberi masa kepada pengguna lain melihat dan bertindak balas terhadap tujuan anda.
- Anda perlu memakai warna yang terang seperti jaket dengan pemantul cahaya pada waktu siang dan malam. Jangan memakai pakaian gelap. Anda juga disyorkan supaya memakai jaket keselamatan, seluar panjang dan kasut. Pakaian yang tebal dan sarung tangan dapat membantu melindungi anda jika terjatuh. Elakkan daripada memakai seluar pendek, skirt dan selipar ketika menunggang.
4- Kelajuan Boleh Membunuh - Menunggang dengan laju adalah pembunuh terbesar di jalanraya. Memecut mengundang bahaya. Sentiasa patuhi had laju. Tungganglah pada kelajuan yang membolehkan anda memperlahankan atau menghentikan motosikal anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangkan berlaku. Berhati-hatilah dalam cuaca atau keadaan jalanraya yang buruk seperti hujan dan kabus.
BERSABARLAH, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT
Maklumat dari:-
Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Melaka
Tamat
4 Comments:
ko copy kat ne neh... rajinnyeee
ledi
aku copy dr sebuah buku kecil yg diberi oleh pihak pdrm kat 1 majlis.
aku taip utk dikongsi bersama... :)
salam..good sharing la bro...very informative..thanks
arsaili
mana yang bermanafaat tu, eloklah diamalkan :)
Post a Comment
<< Home