Sunday, July 25, 2010

Tag : Tak Suka

Bismillah...

Aku dah lama tak buat tag. Aku dah lupa mcm mana nak buat tag ni.
Maka aku pun copy & paste je ayat2 org yang tag aku tu..

Jgn marah haaaaa...:D

TAK SUKA BILA:

1. duduk melepak dengan kawan-kawan, asyik dia je la yang nak bercakap. lepas dia, dia.. lepas dia, dia. pastu cakap plak tak henti-henti. semua perkara dia nak cerita. dari sekecik-kecik kena gigit dek semut api, sehinggalah kekalahan brazil yang memalukan. dia, dia dan dia sesaja. heh.

2. ada orang suka menyampuk dan potong waktu orang tengah bercakap. aku rasa sangat tidak beradab dan berbudi. kalau orang tengah bercakap, boleh tak kau diam? dengar dan fokus apa orang cakap dulu? lepas orang tu dah habis cakap, baru la ko plak cakap. boleh?

3. orang yang semedang pikir dia je betul. orang lain semuanya tak betul. dia la yang paling handsome, paling lawa, paling kaya, paling best best la. kira semua dia je bestttt… orang lain tak ada nya yang best. oiii tak leh bawak mati pun ko punya best tu okkk…

4. yang membz body dan kepochi hal orang lain dengan terlampau-lampau. ada beza antara kepochi dan concern yer. ingat tu anak-anak!

5. dalam panggung wayang. bukak kasut. ko ingat bau kaki ko semerbak? orang yang suka tendang-tendang kerusi. oii nak tendang kalu, pi main bola la oii… tak letak hp dalam silent mode. pastu jawab call cakap kalau boleh nak bagi satu panggung tu dengar. tak belajar sivik ke kat sekolah ha? yenadey?

6. terpaksa deal dengan orang yang tak menepati waktu. fantang betul aku. kalau ko tau ko akan terlambat, boleh tak inform awal-awal supaya aku tak ternanti-nanti tertonggok-tonggok? kalau tak boleh tunaikan janji, jangan tepati..
kalau takat 5,10 minit boleh la consider. kalau lewat sampai sejam 2. apa kes??

7. dilanda migraine. adoiyaii.. rasa nak pecah medula oblongata. sapa yang pengidap migraine ni tau la kan.. memang takde ubat pong. kena balik rumah tidur je.. huhu…

8. waktu drive. jumpa dengan driver yang tak reti nak guna signal. kereta bapak besar-besar, mahal-mahal. takkan signal rosak kot? boleh tak kalau nak ke kiri ke, ke kanan ke, bagi signal 5 saat lebih awal??? lagi satu waktu kat roundabout. roundabout tu dicipta sebab nak smoothkan lalu lintas. bukan bagi lagi sesak. kalau ko kat luar roundabout, boleh tak bagi kereta dalam bulatan tu clear dulu? motipp ko ko nak cucuk-cucuk???? heh.

9. sakit perut nak terkucil di kawasan yang takde toilet. expecially dalam hutan. tetiba hutan kan.. huahuahua… takde la, maksud aku cam tengah vacation ke, tengah camping ke, tengah jalan-jalan la pendek katanya. perut la memulas-mulas sampai berpeluh-peluh. hazabbbb kooo….

10. dan yang tak terakhir sekali. orang pinjam duit, kemudian liat nak bayar. dah pinjam tu, bayar la weyy.. kalau kata tak boleh bayar bulan nie, ko kasik tau aku molek-molek. nak bayar bulan depan. nie dah la pinjam duit orang, pastu bila terserempak, boleh pulak ko buat muka kering. apakaaa…


......


Ada antara yang aku pun tak suka. Ada yang aku tak kisah sgt. Antara yang tak kisah tu adalah seperti no 9. Alaaa... apa adahal, tepi semak pun ok je.. hehehe

4 Comments:

Blogger Purpleheart said...

pernah kena yg no 10..da la liat, marah2 pulak kat kita kata kita salah kira..isy3x..

3:04 PM  
Blogger Ezad said...

purple
sabar lah hati...

11:01 PM  
Anonymous mya said...

biadab ko ezad. copy bulat2 tag aku..
hmpffff hmpfffffff....

11:56 AM  
Blogger Ezad said...

mya
sorry:)

8:34 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home