Tuesday, March 25, 2008

Bebelan

Bismillah
Hari ini, semua designer kat office aku mendengar bebelan CEO. Ini adalah gara-gara design boss aku direject bulat-bulat. Dah lewat petang masa tu, lebih kurang 6.30 petang. Aku tengah kemas laptop, konon-konon nak balik la. Pada mulanya aku tak terbabit untuk projek tu. Tapi entah macam mana, CEO minta idea aku untuk improve design boss aku tu. Aku orang baru, takkan nak kutuk design boss aku. haha.. aku kata, aku tak ada idea untuk design tu. Walaupun hakikatnya aku cukup tak suka warna yang digunakan, dark brown. Warna yang tak sesuai untuk ruang sempit. Ada bentuk curve untuk kabinet fail yang kecil, pada aku, ianya membazirkan ruang kabinet itu sendiri di samping menyusahkan production. Kabinet fail yang kecil buat empat segi je. Habis cerita.
Wah.. banyaknya kutukan aku terhadap design boss!! Hahaha....
Tapi lagi banyak CEO complaint design tu. Sudahnya, CEO aku mula membebel. Dia kata design tu nampak kelakar, semak, kos tinggi. Lepas tu dia org tujukan bebelan tu kat kita orang pulak. Desinger perlu banyak tengok katalog. Ubah idea orang lain, kena tau konsep, kena tau warna, kena tau trend... Sambil tu buka cerita pasal Minangkabau, kisah zaman Hang Tuah, Sultan Iskandar Shah. Nak gelak pun ada, tapi...
..... dalam kepala, aku hanya fikir pasal 4 projek yang perlu aku siapkan sehingga minggu depan.
Pening...pening....

3 Comments:

Blogger Babe\(^_^)/ said...

apa project ko..bgtau aku..kot2 idea aku best:P

2:13 AM  
Blogger wan said...

berasap telinga aku... kalau akulah kena kan

banyak prject ko.. sekarang keje makan gaji + freelance ek?

10:40 AM  
Blogger Ezad said...

babe
buat masa ni aku buat kerja panding 2 bulan lepas punya projek. dia org tak sempat siapkan beberapa dokumen, so aku sambung.

wan
bukan takat berasap.. keluar api lagi. hehehe

haa... kerja full time, bisnes part time balik. tapi kali ni buat sales area muar la pulak

8:43 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home