Hari Mengundi Pun Sudah Berlalu
Bismillah...
Masih hangat diperkatakan tentang pilihanraya. Rata-rata bercerita tentang 'kemenangan memalukan' yang diterima oleh BN. Siapa yang boleh menafikan perkara itu? Tumbangnya kerajaan BN di 4 negeri yang dikuasainya sebelum ini adalah bukan calang-calang negeri. Selangor misalnya adalah pusat segala kegiatan ekonomi, budaya dan sosial bagi negara ini, kini dikuasai oleh PKR.
Dari satu aspek, aku amat gembira dengan perkembangan ini. Tuhan maha adil. Mungkin mahu menguji kekuatan pemimpin-pemimpin kat bumi Malaysia ini. Sebelum ini, acapkali selepas pilihanraya, macam-macam tohmahan dilemparkan. Adanya pengundi hantu, sistem tidak telus, suruhanjaya berpihak kepada parti pemerintah dan sebagainya. Sekarang, siapa yang berani mempertikaikannya?
Hari ini (selepas 3 hari pilihanraya berlalu), ada dengar pasal pengundi hantu? Ada dengar pasal sistem tidak telus? Ada dengar pasal SPR tidak adil?
Tak ada bukan? Mungkin pasal masing-masing dok sibuk fikirkan barisan kabinet/exco yang akan dibentuk. Dalam sejarah, semua parti bertanding kali ini berjaya membentuk kerajaan masing-masing. Kalau sebelum ni, yang kalah tak der buat apa-apa, so depa dok canang la segala keburukan yang berlaku (barangkali).
...............................
Jadi, hari ini, masing-masing ada kuasa. Buktikan kepada rakyat jelata, di kalangan you all, siapa yang paling bagus memimpin. Ada 5 tahun sahaja. Setiap pemerintah perlu bekerja keras. Mana-mana janji yang telah dibuat tu, jangan buat-buat lupa pulak. Jangan dok bagi macam-macam alasan. Kalau sebelum ni kata nak bagi RM6000 setahun. Bagi aje. Jangan bagi alasan you all tak ada kuasa akses ke kementerian kewangan.
Kata nak mansuhkan tol, mansuhkan. Jangan dok bagi alasan, kerajaan negeri tak mampu tanggung kos pembinaan dan sebagainya.
Ada kata nak teruskan pembangunan sedia ada, buat. Agihkan segala projek kepada rakyat. Sama timbang, sama adil. Jangan dok bagi kroni je. Buat bangunan tinggi2 bagi kat kroni you all, buat parit pun bagi kat kroni you all juga ke?
Satu lagi. Masa berbahas kat parlimen tu, cakap la perkara-perkara yang ilmiah sahaja. Setaraf dengan imej you all sebagai wakil rakyat. Tak payah la dok bertekak kemudian cakap perkara-perkara yang diucapkan oleh budak-budak sekolah. Takat nak buat macam tu, tak payah jadi wakil kami. Kami yang tak sekolah tinggi ni boleh buat.
Kami nak you all tunai janji. Macam mana nak tunaikan janji tu, itu bukan masalah kami. You all orang cerdik pandai. Sebelum berjanji, dah tentu lah you all akan berfikir dulu, kan? Cakap, tapi tak buat, berjanji tapi tak tunai, adalah sifat manusia munafik. Kami tak mahu pemimpin yang munafik. Kuasa ada ditangan kami. Bila-bila aje parti you all boleh tumbang kalau you all adalah golongan munafik.
You all bukan tuan kami sebenarnya. You all kuli kami. Jadinya, tolonglah
Buat kerja!
Buat kerja!
Buat kerja!
Amaran keras untuk BN. Ingatlah, bukan selamanya rakyat akan berpihak kepada anda. Begitu juga yang lain-lain.
Dengan lafaz tulus ikhlas, saya menyokong penuh kepimpinan Pak Lah. Bukan atas kapasiti beliau sebagai presiden UMNO, tapi atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang telus dan adil (siapa berani menafikan kenyataan ini?)
Mohon jasa baik TDMM agar terus menyokong kepimpinan PM sebagaimana beliau pernah meyokong TDMM pada tahun-tahun 97-99.
Sesungguhnya, aku bukan ahli mana-mana parti politik.
Itulah perubahan namanya. Lepas ni ada fatwa baru, undi DAP pun masuk syurga juga
7 Comments:
i miss TDMM's era
kita terpaksa sokong paklah sebagai pm walaupun kita bukan memilih dia - dia dipilih sbb dia presiden umno.
pilih presiden mcm kat US, kita tengok dia berdebat dan pilih calon mana yg lebih layak dari parti itu, barulah itu kemenangan mutlak.
pada akulah....
babe
kita acapkali lupa. tak pernah menghargai apa yang ada. bila hilang segala, maka menyesal tak terkata.
wan
Dalam hidup bermasyarakat, kita hendaklah mengikut kehendak majoriti masyarakat kita. Terimalah hakikat, redhalah atas keputusan masyarakat kita. jangan sisihkan mereka, akibatnya kita yang tersisih. Barulah hidup akan lebih bermakna..
adakah cara di US itu terbaik? Adakah semua rakyat memilih seorang calon sahaja? Adakah kemenangan presiden US itu secara mutlak? Apakah dengan hanya bijak berdebat maka dia bijak mentadbir?
Bukankah dasar luar US itu dicampuri oleh tangan-tangan orang lain? Itukah yang kita mau?
Aku tiada jawapan itu
aku adalah sangat berharap pak lah kene tembak kat kepalaa sebab tak blah dari kerusi dia..
tapi, mungkin pak lah juga nak buktikan bahawa dia bukan calang2 orang.. mungkin dia akan resign bila dia di atas.. macam TDMM...
ledi
jgn la mcm ni. mengharapkan sesuatu yg buruk kpd org lain, silap2 kita yg dpt perkara itu.
calang2 pak lah tercalar jua akhirnya.
allah itu maha adil.
barangkali pm tu masih diberi peluang sipi utk dudok kat tahta lagik.xpe bagi can.
waemah kat ati rakyat yg celik mate ngn celik hati.. da jelas. sume tolak die.
skarang boley pule nk api2 kan ramai2 rakyat mesia psl isu pekauman. kamon la. mcm anak2.
aku saspek lagi kat beberape ketua barisan nasional yg gentleman gile mengundur diri utk bagi laluan kat wakil parti laen. etlis ade maruah ngn arge diri. bagi can org laen sudah.
lagi pule.
kalo da selamenye kite memerintah. x semestinye org br tu x reti memerintah ye tak. cume x diberi peluang je. yg ngundi skang ni rata2 rakyat mesia yg celik mate ngn celik hati.cubela bagi can kat pentadbir baru.
setiap yg belaku tu ketentuan Dia.
ada hikmahnye.
lu pikir sendiri la.. bak kate nabil.
ye tak.
famia
ye.. sekarang ni dah bagi negeri. tu tuhan suruh training je. sebelum dpt yg lebih besar. kalau yg kecik pun dah berebut-rebut, apa jadi kalau dpt yg besar?
tak gitu?
lu pikir la sendiri
Post a Comment
<< Home