Thursday, September 14, 2006

Happy Birthday To Me

Hari ni birthday aku yang ke 30. Dah 30 dah, tak banyak pencapaian yag aku buat selama 30 tahun ini, astagfirrullahal'azim.
Anjakan paradigma? Anjakan berganda? Semua anjakan-anjakan ini aku lakukan dalam momentum yang amat kecil (atau tiada langsung??).
Namun, jauh di sudut hati aku, aku ingin berjaya seperti orang lain. Aku selalu tanamkan dalam diri bahawa aku juga boleh berjaya seperti mereka. Namun, tanaman aku kebanyakannya tak terhasil sebagai pokok.
Dalam mengejar kejayaan, jangan lupa kendungkan kegagalan...
Wallahualam
...........................................................................................................................
Petikan berita dari akhbar Melaka Hari ini

BUKIT BERUANG, 13 Sept : Dua pengguna jalan raya, termasuk seorang warga emas, maut dalam kemalangan berasingan di daerah Jasin dan Alor Gajah semalam.
Dalam kejadian pertama, Abdul Rahman Abdullah, 60, cedera parah selepas beliau dikatakan dilanggar oleh sebuah motosikal di Km 21 Jalan Melaka-Muar kira-kira jam 7.30 petang.
Beliau bagaimanapun, meninggal dunia di Hospital Melaka selepas dikejarkan ke hospital tersebut.
Pegawai Turus Trafik Negeri, ASP Ruslan Abdullah berkata, warga emas tersebut sedang berjalan kaki pada masa kejadian, apabila motosikal yang datang dari arah belakangnya melanggarnya.
Dalam satu lagi kejadian, seorang wanita maut apabila terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Petai di Alor Gajah kira-kira jam 7.20 petang.
Mangsa yang dikenali sebagai Wan Farah Liyana Wan Zulkaple, 18, cedera teruk di kepala.
Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Batu 11 Kampung Dusun, Tampin, meninggal dunia di Hospital Alor Gajah kira-kira jam 10.15 malam.
Menurut Ruslan, kejadian tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit dinasihatkan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
**Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka**
Nota Tapak Kaki
Kes kemalangan jalan raya yang terlalu banyak, tak pernah menginsafkan diri kita. Cuba lah renungkan, bagaimana keadaan keluarga mangsa jika mereka kehilangan orang tersayang. Bayangkan jika orang yang kita kasihi menjadi mangsanya, apakah tindakan kita?? Pasti kita juga akan menangis, bukan??

0 Comments:

Post a Comment

<< Home