Sutera : Kenapa Haram Kepada Lelaki?
Bismillah...
Sheikh Yusuf Al Qaradawi menjelaskan antara sebabnya adalah:-
1) Islam adalah agama jihad dan kekuatan. Maka Islam juga menjaga sifat kelakian orang lelaki daripada segala fenomena yang menunjukkan kelemahan dan kelembutan. Allah menjadikan lelaki itu denagn fitrahnya, gagah perkasa, tangkas dan tegap susuk tubuhnya. Sedangkan sutera itu lembut dan menunjukkan kewanitaan. Jadi tidak sesuai dipakai oleh lelaki kerana ia lebih menyerupai sifat wanita yang lebut dan sukakan kecantikan.
2) Islam sentiasa memerangi kehidupan yang terlalu bermewah-mewah dan pentingkan kesederhanaan. Sedangkan sutera itu adalah lambang kemewahan kerana harganya mahal. Dan apabila terlalu bermewah, biasanya masyarakat akan cair komitmennyaterhadap hukum hakam Islam, tidak beriltizam, kurang bersungguh-sungguh dan tidak teguh pegangannya.
Pun begitu, Anwar Fakhri menegaskan keadaan berbeza dengan wanita yang dihalalkan memakai sutera kerana Allah menciptakannya dengan sifat kelembutan yang sukakan ekcantikan dan berhias. Wanita ada 'tugas tertentu' dan sebab itu diberi kelonggaran beaginya untuk memakai sutera. Namun masih ada batasannya, tidak boleh berlebih-lebihan, cukuplah dengan kesederhanaan.
"... janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka..." An-Nur ayat 31.
*petikan dari Majalah Al-Islam (Oktober 11)
2 Comments:
setiap yang diharamkan ALLAh, pasti ada kebaikan yang tersembunyi disebaliknya..;)
siti
betul tu
Post a Comment
<< Home