Thursday, June 23, 2005

Ungkapan Dari Seorang Doktor Teragung

~MUSUH utama orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Ini kerana kemajuan satu-satu bangsa bergantung kepada nilai hidup bangsa itu... kalau baik nilainya, mereka maju, kalau baik nilainya tapi tidak diamalkan, bangsa itu tidak dapat maju. Yang akan halang orang Melayu maju ialah pegangan nilai yang tidak baik.

~KEPUTUSAN paling sukar nak buat ialah ketika krisis mata wang kerana (cara yang kita nak gunakan atasi masalah itu) bertentangan dengan amalan seluruh dunia. Saya sendiri takut kalau-kalau keputusan itu salah.

~SAYA tidak benar diri saya dipengaruhi oleh cerita-cerita yang sampai pada saya. Saya juga ada toleran yang tinggi. Saya tak harap orang yang saya kenal perfect. Ada yang tak perfect... saya sendiri tidak perfect. Saya tak pernah tukar staff saya sejak dari Tun Hussein. Saya terima semua. Kalau (mereka) buat (kerja) tidak kena, kita cuba cari jalan nak buat (atasi).

~KITA mesti ada permulaan. Tidak salah belajar dari orang lain ketika mula-mula. Misalnya Proton, mula-mula dulu 18 peratus saja kandungan tempatan, tapi sekarang dah hampir 100 peratus. (Malah) sekarang, Proton dan cipta sendiri (enjin) dan buat ujian sendiri. Kita perlu lalui proses... ini ambil masa. Kita kena ada pengetahuan. Kita kena mula dengan satu tapak, jadi kita kena ada permulaan. (Masalahnya) semua kita nak cepat, nak mudah. Tidak ada jalan mudah dalam dunia ini.

~TIDAK ada apa yang tidak boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia jika mereka bersungguh-sungguh mahu melakarkan kejayaan dalam bidang apa sekali pun dengan satu cita-cita, iaitu mengangkat maruah bangsa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home