Maulidul Rasul
Soalan yang sering menjadi kritikan dan takut untuk dibicarakan oleh umat Islam ialah kenapa kita menyambut maulidul rasul?
Bagi majoriti umat Islam Malaysia kini, 'hukum' maulidul rasul seolah-olah telah muktamad dan telah sepakat umat terhadapnya.
Saya bawakan persoalan di sini bukan utk memesongkan akidah ataupun melarikan pembaca dari ajaran Islam. Sebaliknya saya membawa serba sedikit ajaran Islam sebenar dari ajaran rasullulah s.a.w para sahabat dan salafus soleh.
Maulid nabi:
Mana asalnya?
Kenyataan 1:
Maulid nabi itu sunat.
Kita sering bertanya, apakah yang dimaksudkan sebagai sunat? Bagi seorang yang mendalami ilmu fiqh, sunat adalah satu hukum yang dikeluarkan dari nabi dan disampai kepada para sahabat dan diikuti kemudiannya oleh pengikut sahabt dan umat Islam seleuruhnya. Maka utk mengatakan sesuatu itu sunat, ia perlu berasal dari perkataa, perbuatan, atau diam nabi. Maka persoalannya, di mana dari perbuatan, perkataan atau diam nabi membenarkan sambutan hari jadi nabi ini? Ini membawa kita kepada poin yang kedua.
Kenyataan 2:
Nenek moyang kita telah melakukannya
Nenek moyang kita sampai ke hidup zaman rasullulah s.a.w sehingga mereka melakukan perayaan ini bersama dengan nabi? Sebab itu kita sering bertanya, di mana dalil nabi menyambut hari jadinya sendiri? Di mana dalil para sahabat menyambut hari jadi nabi? Di mana dalil para slaf (termasuk imam yang empat) menyambut hari jadi nabi. Maka ia membawa kepada poin yang seterusnya.
Kenyataan 3:
Kami menyambutnya kerana kami cintakan nabi.
Kalau hendak dikata entiti yang paling cintakan nabi ialah Allah swt. Mengapa Allah swt tidak menurunkan perintah untuk menyambut hari jadi baginda? Kalau dikatakan manusia yang mencintai nabi maka tidak pelik kalau kita katakan bahawa mereka ialah para sahabat yang sehidup dan semati dengan nabi s.a.w. Tetapi mengapa mereka tidak menyambutnya? Apakah tidak ada perayaan menyambut hari jadi pada zaman tersebut? Sebaliknya, antara budaya kaum arab ialah menyambut hari jadi (Abu Jahal antara orang yang gembira apabila nabi lahir dan menyembahnya di hadapan patung-patung berhala - baca raheq al maktum). Maka di mana asalnya ajaran maulid ini?
Kenyataan 4:
Kami menyambutnya kerana ia adalah bid'ah hasanah.
Sebenarnya orang yang bercakap mengenai bid'ah hasanah ini tidak faham apa yang ia cakapkan, atau ia keliru atau ia sengaja keliru. Kalaulah ini bid'ah hasanah, maka solat 4 rakaat subuh adalah lebih hasanah dari solat 2 rakaat. Dan ia adalah bid'ah. Maka kenapa kita tidak melakukannya dan memanggilnya bid'ah hasanah?
Kenyataan 5:
Inilah cara kami menyatakan cinta kami.
Kalau lah ini caranya kamu menyatakan cinta kamu kepada nabi, sekiranya nabi hidup pada zaman ini melihat kamu, saya rasa nabi akan menagis dari gembira. Maka benarlah kata-kata nabi pada akhir hayatnya "ummati, ummati" dengan nada sedih. Seolah-olah baginda sedar akan jadi begini umatnya. Dengan syair2 dan marhaban2 yang tidak ada dalilnya dan tidak ada asasnya dan tidak benar ceritanya kamu berqasidah. Dengan bercampur lelaki dan perempuan kamu melaung2kan slogan. Namun dalam masa yang sama kamulah yang bebas meruntuhkan tiang-tiang Islam. Kamu dirikan Islam di atas landasan maksiat. Kamu matikan sunnah berdakwah. Kamu lekakan umat dengan harta, kekayaan, kekuasan dan pangkat. Kamu jadikan Islam itu duduknya diceruk dinding masjid sahaja. Hidup pada malam Jumaat (satu bid'ah lagi), masa kahwin, maulid dan masa mati sahaja. Selain dari itu Islam tidak ada maknanya melainkan di atas kertas dan surat pengenalan kamu. Inikah cinta kamu kepada nabi? Kalau kamu cintakan nabi hidupkan sunnahnya. Bacalah Al Quran. Berzikirlah. Berselawatlah. Hidupkan solat malam. Hidupkan masjid. Bangkitkan semangat jihad Islam. Tingkatkan tarbiyyah rabbani. Bangkitkan balik iman umat Islam yang semakin hari semakin malap di himpit ruang sempit sekular dan penjajahan minda. Inilah cinta sebenar kepada nabi. Bukan dengan cara yang tidak ada asasnya ini.
Kenyataan 6:
Ulama kami telah melakukannya.
Lantas kami bertanya adakah ulama ini lebih tinggi martabatnya daripada nabi, para sahabat dan ulama yang empat sehingga boleh mereka merubah atau menambah hukum yang sedia ada? Maka tidakkah kita belajar dari guru segala guru, ulama segala ulama yakni imam malik r.a "Kata-kata manusia boleh diterima atau ditolak melainkan kata-kata rasullulah s.a.w"Maka benarlah kata imam malik ini. Apakah kata-kata manusia ini lebih tinggi dari Allah dan rasulNya sehingga ia tidak boleh dipertikaikan malah menjadi satu 'ibadah' baru buat umat Islam? Inilah yang kita persoalkan.
Sahabat, kadang kala pada nafsu kita itulah kebaikan. Tetapi pandangan nafsu selalunya akan berlawanan dengan pandangan syarak.
wallahualam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home