Monday, October 02, 2006

Digamit Memori II

Assalamualaikum...

Wah.. ada permintaan supaya drama sembilu kasih ni disambung lagi.. hahaha.. tengok la sampai lebam...

Semalam aku dah janji nak sambung cerita di bulan Ramadhan semasa aku kat KL. Sebenarnya banyak kenangan yang tersimpan ketika aku di perantauan. Kalau nak tulis satu2, alamatnya, hard disk blog aku ni pun penuh la (eh.. blog pakai hard disk ke?). Walaupun ketika melaluinya kadangkala terasa perit, tapi apabila ianya dah jadi kenangan, ianya merupakan sesuatu yang sangat indah (betul kan?) amboi.. macam berfalsafah la pulak. Tau dik orang DBP ni, mau dapat anugerah sasterawan negara.. hahaha.. orang DBP sihat ke? Namun begitu, sepanjang bulan Ramadhan di perantauan, tiada perkara yang sukar yang aku lalui. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusanku.

Ketika di kolej (kolej mana inche Ezad?.... adalahhhh.......) aku mempunyai 5 orang rakan baik. Kalau gi memana, mesti ber enam nih. Classmate gelarkan kami 6 jahanam (lantak korang la! kami tak hisap dadah pun). Dalam kelas, kita orang duduk 1 group. Kalau ponteng, semua ponteng. Kalau test/exam mesti duduk dekat2 gak. Tu yg jadi markah lebih kurang je. Kalau fail, semua fail... hahahaha (sah meniru ni kan???).. Ok, bab kawan2 ni, aku cerita lain kali. Sempena bulan Ramadhan, aku nak cerita pasal ramadhan je..:)

Time puasa, kita orang selalu gak la berbuka bersama. See, walaupun dapat gelaran 6 jahanam, tapi tetap berpuasa (solat .... subuh je tinggal, lain semua tak buat). Tempat yang selalu jadi tempat kami berbuka puasa adalah di medan selera Taman Melawati. Tempat2 lain adalah seperti kat Jaya Jusco Wangsa Maju, medan selera Greenwood, dan beberapa restoran area Ulu Klang & Gombak (nama lupalah, maklum la, dah lama, uncle pun dah lanjut usia, memori dah lemah sket). Kadang-kadang kami berbuka di medan-medan selera sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Tengok apa aktiviti kami petang tu, so kat situ la kami berbuka. Pernah suatu ketika, selepas habis kelas, kami gi Ulu Yam, untuk mandi-manda. Lepas tu terus ke Selayang untuk berbuka. So, semasa mandi-manda tu, aku tak sure la, samada, ada di kalangan kami yang tersengaja teguk air sungai tu... hehehe... Banyak lagi la aktiviti2 yang kami lakukan bersama. Walaupun di bulan Ramadhan. Enjoy tetap enjoy... Dah namapun member kamceng kan?

Bila dah bekerja, kami masih lagi bersama. 4 orang dari kami adalah warga KL, aku dari Melaka dan sorang lagi dari Sarawak. So selalu gak la lepak sesama. Semasa aku dan budak Sarawak tu duduk kat Taman Melati (sewa 3 orang, sorang lagi sepupu member kamceng kita org gak), rumah tu dah jadi rumah kami berenam. Tak der hal punya. Cuma kunci je tak bagi sorang satu. Kalau semua datang, memang havoc la. Macam2 aktiviti (tak melibatkan perkara2 maksiat ye..). Kalau bulan Ramadhan kita orang selalu berkumpul hujung minggu. Buat rombongan ke bazar ramadhan, pilih aje mana berkenan. Sampai rumah hidang atas lantai (beralaskan surat khabar)... kol 7 masing2 dah stand by. peh..!!! macam makan kenduri (tak jadi kenduri sebab pak imam tak der, berbuka pun tak der doa-doa punya - gelojoh betul). Masa tu boleh la tengok air jagung ada, tebu ada, soya bean ada.. hahahaha... meriah kan?? Tu tak tengok kuih muih dan lauk pauk. Bila ada majlis ni, yang selalu tarawikh pun tergolek... tak larat nak bangun... Lepas makan, upacara selanjutnya ialah memasukkan narkotin dalam badan. Berkepul-kepul macam serombong kapal. Haa... bab2 kemas pinggan mangkuk akan berlangsung lebih kurang jam 9 malam.. kekekeke.. buruk lantak betul dia orang nih!! Biasanya bila time ni, tak der lauk pun yang tinggal. Semuanya habis licin. Ye la, lepas makan, ada aktiviti main PS, tengok wresling, tengok VCD, tak pun layan internet. Manusia-manusia ni akan berjaga hingga ke pagi. Bila rasa nak sahur je, kita orang start kereta, then menuju ke tempat2 yang jual makanan. Paling koman pun kat curry house Taman Melati tu, paling jauh kat Kampung Baru (layan nasi lemak la).. Balik dari bersahur layan zzzzzzzzzzz.....
Kadang-kadang kami berbuka di luar. Tempat dan keadaan masih sama seperti kami belajar dulu. Bezanya ialah kalau time belajar dulu, bayar asing2, tapi dah kerja hanya sorang je yang akan bayar. Yang lain tengok je:)
Kini, semuanya dalam lipatan sejarah..:) Sesungguhnya, manusia hanya akan menghargai sesuatu, apabila ianya telah berlalu..... kan?

Info Tarawikh
Malam 10
Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home