Thursday, April 23, 2009

MECD & Ekuiti Bumiputera - Kenapa Melayu Gelabah?

Bismillah...

Sejak kebelakangan ini, ada sedikit kegusaran di kalangan umat Melayu apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib mengumumkan pemansuhan MECD. Suatu kementerian yang banyak berjasa kepada umat Melayu. Di bawahnya ada institusi pendidikan, tabung ekonomi dan pelbagai lagi. Pemansuhan kementerian tersebut dikatakan akan menjejaskan 'kehidupan' umat Melayu di buminya sendiri.

Tidak lama selepas itu, Datuk Seri Najib mengumumkan pengliberalisasian 27 sub sektor perkhidmatan yang merangkumi bidang pengangkutan, perniagaan, kesihatan dan sosial, pelancongan, pengkomputeran dan yang berkaitan. Yang 'janggalnya', pengliberalisasian ini tidak terikat dengan syarat ekuiti bumiputera. Ini bermakna pelabur-pelabur luar yang mahu melabur di sini tidak perlu mencari rakan kongsi di kalangan syarikat bumiputera sebagai syarat pelaburan di dalam bidang-bidang tersebut. Sekali lagi, tindakan ini dikatakan menyekat peluang ekonomi kepada umat Melayu.

Apa yang Melayu mahukan sebenarnya?

Baru-baru ini kerajaan dah sediakan saham amanah sebanyak 1.665 bilion unit untuk bumiputera. Tapi yang terjual tak sampai 8 juta pun. Yang dah ada ni, kenapa tak rebut? Kenapa tak mau gunakan?
Hak orang lain habis terjual. Bila mereka untung besar, mula la Melayu kata kerajaan tak adil, ikut telunjuk orang dan sebagainya.

Sebelum ini pelbagai kemudahan tersedia untuk bumiputera. Di bawah MECD, Mara mengeluarkan pelbagai pinjaman untuk para pelajar. Tapi apabila tamat belajar, liat pula membayar balik.

Kerajaan juga memperuntukan dana melalui agensi-agensi MECD. Tapi banyak juga yang tidak digunakan. Dalam hal ini banyak sebab kenapa perkara ini berlaku.

Antaranya promosi, birokrasi dan mungkin juga sistem perlaksanaan.

.............

Tapi walau apapun hujah yang diberikan, perkara yang paling asasnya adalah sikap umat Melayu sendiri. Melayu tidak mempunyai jatidiri yang kuat berbanding kaum-kaum lain. Perhatikan budaya kaum Cina. Bagaimana mereka berniaga, berpolitik dan bersosial.

Melayu juga tidak tau bersyukur. Betapa besarnya nikmat yang diberikan kepada umat Melayu, tapi bagaimana pula umat Melayu mensyukurinya. Sedar atau tidak, nikmat itu telah ditarik sedikit demi sedikit.

Kita kata Yahudi itu zalim. Tapi bagaimana perpaduan di kalangan mereka.

Kita kata Islam menganjurkan perdamaian.

Betul ke kata-kata kita tu?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home