Thursday, May 28, 2009

Ah Lek

Bismillah...

Masa kami keci-kecil dahulu, penduduk kampung seirng membeli pakaian dan kain ela dengan Ah Lek. Ah Lek adalah peniaga kain yang berniaga dengan cara membawa barang dagangannya menggunakan van. Sesiapa yang membeli barangan darinya akan mendapat kemudahan kredit. Biasalah orang kampung, 2 kali bayar ke, 3 kali bayar ke... etc. Lepas habis bayar, beli lagi, hutang lagi.

Itu cerita 20-25 tahun yang lalu. Aku hampir lupa tentang Ah Lek. Sebab keluarga aku dah tak beli kain dari dia lagi. Sekarang dah banyak pilihan. Kalau nak beli kain, kami ke Tangkak, Jekal pun ada :)

Tapi tadi aku terserempak dengan Ah Lek masa balik kerja. Baru keluar dari laman orang kampung.

.......... kutip hutang la tu.. heh!

2 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Masa aku kecik dulu (awal 80an) pun ada cina jual kain macam tu, tapi mak aku banyak ambil lapik meja dan seumpamanya.. rasa cina tu pun dah tak de kot sebab masa tu umur dia pun dah 50an..

2:38 PM  
Blogger Ezad said...

purple
ramai org yg berniaga mcm tu..

10:11 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home