Sunday, May 03, 2009

Kerja - 200 Ribu Peluang Kerja?

Bismillah

Masih lagi pasal kerja. Maklum la, bulan May masih awal, kan?

Menurut laporan akhbar, 200 ribu peluang pekerjaan perlu diisi oleh rakyat tempatan tahun ini.

200 ribu?

Ada pihak begitu sinikal mengatakan yang angka itu dicipta oleh kerajaan. Kononnya negara tidak terjejas teruk oleh kemelesetan ekonomi dunia.

Aku percaya 200 ribu itu berpunca dari sektor-sektor yang ditolak oleh rakyat tempatan (khususnya Melayu). Antaranya pembuatan, perladangan dan pembinaan.

Aku berada di dalam sektor yang ditolak oleh rakyat tempatan, khususnya kaum Melayu. Kilang perabot/kayu - Siapa nak kerja di situ? Dengan habuk dan bunyi bisingnya. Dalam kumpulan operator, tak sampai 10 orang rakyat tempatan.

Dalam pejabat, kebanyakannya adalah golongan yang sebelah sana. Memang ada kaum Melayu yang diambil bekerja. Tapi kebanyakan dari mereka tak kekal lama. Sebulan-dua dah cabut. Bulan lepas seorang jurutera industri Melayu berhenti begitu sahaja. Dengar khabarnya tak tahan dengan sikap boss yang bagi dia banyak assignment.

Sebagai engineer, kau seharusnya mempunyai semangat yang kental. Kalau tak, kau tak layak bergelar engineer. Pergi la cari tempat lain - kalau dapat. Dan boleh ke kau bertahan di tempat lain tu?

Aku mengenali ramai orang dalam industri ini. Kebanyakannya memberitahu syarikat tempat mereka bekerja mengalami kekurangan pekerja. Ini kerana pekerja asing yang tamat tempoh perlu dihantar pulang, tetapi tiada orang yang menggantikan tempat mereka. Kerajaan pula telah membekukan pengambilan pekerja asing yang baru.

Yang mahasiswanya pulak sibuk cari kerja yang standard-standard. Nak kerja bilik air-cond je.

Aku ada kawan - seorang mahasiswa universiti - bidang pemasaran.

Dia tak nak bekerja disalah sebuah syarikat yang terima dia bekerja dengan alasan syarikat itu menyuruh dia turun padang untuk buat jualan.

Dah kau belajar dalam pemasaran, tentulah kerja kau buat sales - takkan nak suruh kau buat grafik pulak!

Dan disebabkan dia tolak tawaran itu, jawatan itu diisi oleh puak sebelah sana.

Rakyat tempatan (baca Melayu)?
- Merempit
- Hisap dadah
- Melepak

Dari kau orang buat benda-benda tak berfaedah tu, aku nasihatkan kau orang, kerja lah apa-apa pun. Kalau kena pikul kelapa sawit, pikul la...

Sampai bila nak harapkan orang lain suapkan kau nasi?

4 Comments:

Blogger MK said...

Aku rasa kerja kaulah paling best. Unless they are willing to hire me, yang takde basic ni maybe i might consider it hahahaha


Cool kerja ko. I love id so masa kakak ipar aku amik course furniture dsign, aku tgk best gila.

Bulan 7 la aku amik katalog UK balik ok. Hopefully tak tertinggal mcm hari tu:D

Aku lagi suka cari kepuasan dalam kerja. My work now, hurm is not 'unfulfill'

9:32 AM  
Blogger Ezad said...

babe
kerja aku tak best mana pun
cam hampeh gak.. hehe

ahaha.. bawa banyak2 ye katalog tu..

9:48 PM  
Blogger Mya said...

betul ke fakta ni? 200ribu peluang kerja?

5:40 PM  
Blogger Ezad said...

mya
entah!

11:11 PM  

Post a Comment

<< Home