Thursday, February 18, 2010

Pekerja Asing

Bismillah..

Lambakan pekerja asing di Malaysia kini dikatakan membimbangkan. Menteri Dalam Negeri berasa amat terkejut apabila melihat sendiri lambakan pekerja asing ini ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Menurut beliau, realiti lambakan itu tidak bertepatan dengan rekod warga asing yang dicatatkan.

.......

Pada hematku, kita terlalu bergantung kepada buruh luar. Banyak sektor-sektor tidak mampu dipenuhi oleh rakyat tempatan kerana dilihat pekerjaan-pekerjaan tersebut tidak memenuhi citarasa rakyat tempatan. Rakyat kita tidak mahu bekerja di bawah terik matahari. Orang kita juga tidak berminat untuk menjawat jawatan operator pengeluaran di sektor-sektor pembuatan. Apatah lagi jawatan pembantu rumah dan kawalan keselamatan. Natijahnya, sektor-sektor ini mendapat khidmat pekerja asing.

Dari 1 segi, ianya merupakan pembaziran tenaga tempatan. Bukan semua rakyat kita mempunyai pekerjaan. Masih ramai lagi yang menganggur. Dan di kalangan mereka ini dilihat terlalu memilih pekerjaan. Tidak mahu membuat jualan di luar kawasan, walhal mereka adalah graduan pemasaran. Tidak mahu berada di bawah terik matahari sedangkan mereka ini graduan kejuruteraan awam. Semua mahukan jawatan dalam bilik berhawa dingin. Ada juga yang sibuk isi borang SPA, JPA.. tak mau kerja swasta. Nak kerja kerajaan juga! Senang, terjamin, kata mereka...

Namun, disebalik sikap rakyat, masih ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyatnya. Dikatakan kerajaan tidak menyediakan peluang pekerjaan yang cukup. Tambah mereka lagi, kerajaan sibuk ambil pekerja asing sehingga rakyat sendiri tidak bekerja. Adilkah?

Kepada rakyat khususnya graduan-graduan universiti, jangan terlalu taksub terhadap kerja di pejabat. Buatlah apa-apa pekerjaan pun asal ianya halal.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Terkejut ?
Terperanjat ?
Tercerganang ?
Tijauan mengapa jawapan kepada 3 soalan di atas :
Ya.
Ya.
dan Ya,jawaban nya.
Sebab kemungkinan ("probable or possible") alasan berikut:
1.Budaya "shoot the bearer of bad news"
2.Tak baca laporan KDN.
3.Tak baca surat khabar.
4.Tak menonton siaran berita TV.
5.Sudah lama terpinggir dari kehidupan masyarakat rakyat biasa.
6.Tak membuat lawatan lapangan.
7.Boss tak bersuara atau komen dalam mesyuarat pagi Rabu.
8.Ikut cara TunDUR dalam mesyuarat.
9.Banyak sangat urusan parti sampai lupa ada 1,800,000 PATI.
10.Tak tahan dengan desakkan dan tekanan dari pihak pihak inginkan tambahan ke 288,000 orang yang istilah AMAH dan Pembantu rumah,tapi kerja kat kilang,kedai makan mi,kedai bakut teh,jual makanan di pasar pagi di Pudu,kepong,selayang,ampang,klang ,pandamaran.
11.Takut dengan desakkan Chamber of Commerze dan Persatuan pengkilang dan persatuan persatuan berasaskan satu bangsa yang cakap satu bahasa ucapan tarian harimau.
12.Takut dengan pangilan talipon bimbit daripada ahli parti yang jadi agen dan wakil impot pekerja asing.
13.Tak dengar atau baca laporan menteri sumber manusia umum masuk 100,000 pekerja asing.
14.Tak pernah jadi menteri pendidikan ,maka tak tahu tiap tahun hanya 100,000 orang bolih masuk IPTA/S, daripada 500,000 orang yang ambil SPM.
15.Tak pernah jadi menteri sukan,maka dia tak tahu, pelari pelari sukan maraton dari kenya,somali ethiopia dapat sponsor dari sindikate malaysia.
16.Asik selalu bagi amaran,
tapi tak ambil tindakkan kat 700 orang penuntut IRAN yang buat demo kat KL .
17.tada sdara mara yang kena tipu olih 20,000 orang Nigeria,Ghana,Sudan Lebanon ,atau di bunuh olih warga Indon,vietnam,nepal,myanmar atau diculik anak sedara pompuan bawa balik ke Indon.
atau di belasah olih warga Nigeria.
18.Tak pernah masuk Jeddah airport pakai paspot biasa (bolih belajar macam Saudi jaga negeri hanya dengan sifat cemburu dan teliti membaca paspot malaysia(yang changih ade ciri yang iktiraf 75 negara).
19.Atau kita nak tunjuk (kita ni suka tunjuk atau di puji(sendiri) olih bangsa asing berapa baik dan mesra kita, besar hati,pemurah
20.Di gertak olih KPI Ng Yen Yen nak bawak masuk 24,000,000 pelancung asing.(bolih buat sedara untuk 28,000,000 penduduk malaysia(termasuk 3,600,000 warga asing)
Kalau kita buat dasar keselamatan Negara,tolong lah jangan di cairkan dengan kepentingan secundar.
Kita ade Majlis Keselamatan Negara, kenapa nak terperanjat ?
Ade 1,300,000 pekerja kerajaan.
Nak sasar 2,100,000 ahli RELA .
Nak tambah ahli pertahan awam.
Nak buat kadet RELA DAN PERTAHAN AWAM.
ADE TENTERA LAUT ADA MARITIME AGENSI.
Polis ade 107,000 anggota.
TAPI Kita di banjiri 3,600,000 warga asing.
Lepas tu salah kan pihak yang mengaut untung sendiri gadai keselamatan negara di kilang, kedai,ladang dan rumah urut.
Nak buat sistem baru lagi ??
Komputer sistem bolih buat laporan kalau orang masuk dari pintu sah dan mohon pemit itu dan ini.
Kalu masuk cara haram kat sempadan, dari laut Johor, Melaka ,Pelabuhan Kelang, macam mana?
Komputer tak tahu yang mereka ada dalam negeri, jadi macam nak buat kawalan atau awasan ???
Ini sistem baru ni, mesti terbaru sebab polis sempadan Texas Mexico pun taade.
Kita tak perlu sistem baru.
Kita tidak perlu sistem baru.
Kita perlu "political Will" dan "leadership"
Kalu tak bolih kedua kedua itu,berhenti lah kerja.
Dah terlambat kalu buat ucapan "saya terkejut".
Tak payah lah nak swasta kan lagi.
Kalu dah ade kuasa, tapi takut nak guna, kerana nak popular, tak payah lah.
Nak pergi jauh buat ape,Singapura ade sistem berasaskan cemburu dan teliti,cuba lah pegi singapore cara orang biasa baris dan atur kat kosway sebelah Spore.
Bolih belajar percuma tak payah protokol.
Tapi kalu tak mahu ikut rintihan rakyat biasa laporan media,lain kali menteri tok sah cakap "saya terkejut".
Harap baca dan buat kerja.
changkat lobak.
arjuna waspada.

Undilah pilihan sesuatau atau kesemua nya atas.

12:07 AM  
Anonymous Anonymous said...

anon 12:07 tu cakap sangat betul,
ada pekerja SYARIKAT GLC yg ada otoriti membuat servis dirumah customer dan premis kedai pernah kata sesetengah pekerja asing dari CHINA dan INDIA 'haram' bersepah sepah dikawasan2 panas spt OUG, CERAS,PUCHONG, JINJANG.BRICKFIELD DLL. mereka mulanya haram sepatah tak tahu B.Mlysia,berani kurang ajar dgn bumiputra lak tu..Minta bantuan anggota rela berbangsa melayu periksa semua pembantu dan pekerja asing dikawasan2 panas diatas.Saya amat yakin banyak masalah boleh diselesaikan bila kita tegas dan bekerja dgn telus.wahai anggota dan penguatkuasa kerajaan bekerjalah dgn jujur dan sayangilah bangsa dan negara kita. MENTERI YANG BERKENAAN TOLOOOOOOG BAGI PERHATIAN YANG SANGAT SERIUS DALAM HAL NI.PERCAYALAH KALAU 10 TH LAGI KALAU KEADAAN INI BERTERUSAN DAN PEHAK YANG BERTANGGUNG JAWAP TAK BUAT KERJA MAKNANYA MELAYU DALAM BAHAYA.

2:24 AM  
Blogger tunbegia said...

sungguh tarian pendet itu asal dari bali,

salamm,

8:11 AM  
Blogger Purpleheart said...

memang, sekarang ni takut nk gi kl.. tengok sendiri baru tau betapa ramainya umat luar ni..

8:55 PM  
Blogger Ezad said...

anon
terima kasih

anon
terima kasih

tunbegia
terima kasih

purple
terima kasih

6:44 PM  

Post a Comment

<< Home