Insentif Saman - Apa Rasionalnya?
Bismillah
Berkuatkuasa 1 Disember 2010 PDRM menawarkan insentif bayaran kadar kompaun untuk semua saman trafik –
Semua saman yang di keluarkan pada atau sebelum 30hb November 2010 :
- Akan diberikan insentif pengurangan dari kadar kompuan sebenar
Semua saman yang di keluarkan selepas 30hb November 2010 :
- Saman di selesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberikan insentif 50% dari kadar kompaun sebenar
- Saman di selesaikan dalam tempoh 16 – 30 hari akan diberikan insentif 30% dari kadar kompaun sebenar
- Saman yang TIDAK di selesaikan dalam tempoh 30 hari tidak akan diberikan sebarang insentif dan seterusnya akan di senarai hitamkan
Apa rasional insentif saman ini?
Adakah untuk menggalakkan pesalah trafik membayar saman-saman mereka? Pada pandangan aku, insentif sebegini hanyalah akan menggalakkan orang ramai terus melakukan kesalahan trafik. Dahulu kerajaan menaikkan kadar saman kerana mahu menggerunkan pengguna jalan raya agar tidak melakukan kesalahan. Tapi sekarang dah bagi insentif pulak?!
Dasar apakah ini?
Insentif - Sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan
Sewajarnya pesalah-pesalah trafik ini tidak diberi keistimewaan sebegini. Dah buat salah, dapat insentif lagi. Mereka patut membayar sejumlah saman yang telah ditetapkan. Kegagalan membayar saman, hanya ada 1 jalan penyelesaian - senaraihitamkan mereka; tidak boleh memperbaharui lesen memandu. Kita telah keluarkan 'pesalah trafik tegar' di jalan raya kita.
Mengapa tidak diberikan insentif kepada pengguna jalan raya yang tdak melakukan kesalahan sepanjang tahun? Insentif yang patut diberikan adalah pengurangan cukai jalan, atau setidak-tidaknya diskaun ketika memperbaharui lesen memandu.
Ini tidak, yang bersalah diberi insentif, yang tidak melakukan kesalahan tetap membayar kadar yang sama - Lebih baik buat salah!!
Pihak-pihak berkenaan, renung-renungkanlah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home