Asma Ul-Husna - Fathilat
Bismillah...
1."Ya Allah" - Apabila dizikirkan sebanyak 500 kali setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali,maka hati kita akan menjadi terang, tenang dan sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.
3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta dan kasih serta sayang terhadap kita.
4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredai Allah.
5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dan lain-lain.
6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat ) - Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat dan sejahtera.
7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, InsyaAllah diri kita, keluarga dan segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardu Isyak, InsyaAllah fikiran dan hati kita akan menjadi terang dan bersih.
9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar" ( Maha Pemaksa ) - Apabila dizikirkan setiap pagi dan petang, setiap musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah.
11."Ya Mutakabbir" ( Maha Besar ) - Apabila dizikirkan sebanyak 662 kali,maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 kali, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.
13."Ya Baari" ( Maha Perancang ) - Sekiranya kita berada dalam kesusahan dan sedang sakit, dibaca sebanyak 1000 kali selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Sewaktu hendak berbuka, ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 kali,kemudian minum air tersebut untuk berbuka. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari. Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10 kali, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - Sambil beri'tikaf dalam masjid, bacalah zikir ini sebanyak 100 kali sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan ) - Dizikirkan mengikut kemampuan atau sebanyak 306 kali, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan dan kemewahan dunia dan InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.
17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - Dizikirkan sebanyak 100 kali sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan, InsyaAllah segala kesempitan atau kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.
18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - Dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga, tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka ) - Dizikirkan sebanyak 71 kali sesudah selesai solat subuh, InsyaAllah hati kita aka dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20."Ya Aalim" ( Maha Mengetahui ) - Dizikir sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100 kali setiap hari, maka diri akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman.
22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha dan berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - Dizikirkan sebanyak 500 kali setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk dan tawadu', InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - Dizikirkan setiap hari baik siang atau malam sebanyak 70 kali, InsayAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat dan terhindar dari kecurian.
25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - Dizikirkan sebanyak 140 kali setiap hari, InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar dan membayar hutangnya kembali.
27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28."Ya Bashiir" ( Maha Melihat ) - Dizikirkan sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik dan hidayah dari Allah.
29."Ya Hakam" ( Maha Menghukum ) - Dizikirkan sebanyak 68 kali pada tengah malam dalam keadaan bersuci, InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama dan membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30."Ya Adllu" ( Maha Adil ) - Dizikirkan sebanyak 104 kali setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi ) - Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.
32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman dan anak yang telah terpisah sekian lama.
33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - Dizikirkan sebanyak 88 kali selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsayAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkitkan atau tergugat.
34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - Dizikirkan sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 kali kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya.
35."Ya Ghafuur" ( Maha Pengampun ) - Bagi orang yang bertaubat, hendakalah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - Dizikirkan sebanyak 40 kali sehabis solat hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak.
37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini senbanyak 110 kali (dalam tulisan ARAB) lalu direndamkan pada air yang dingin dan diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang dan tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38."Ya Kabiir" ( Maha Besar ) - Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucutkan gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 kali selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan kepada Alah. Lakukan sesudah solat tahajjud atau hajat.
39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung ) - Dizikirkan sebanyak 99 kali, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.
40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan atau dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi ) - Untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit dan selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.
42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur ) - Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam terakhir, sebanyak 73 kali, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat dan begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43."Ya Kariim" ( Maha Mulia ) - Untuk mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia dan di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak masuk tidur. InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - Bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50 kali setip hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat-tempat yang jauh dan sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lain. Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...
45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - Sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya dan agar doa kita mustajab dan selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 kali sesudah solat subuh. InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.
46."Ya Waasi' " ( Maha Luas PemberianNya ) - Apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap pagi dan petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki sesama makhluk.
47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana ) - Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas dan lancar di dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300 kali setiap hari.
48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 kali setiap malam. Insya Allah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi dan rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni, dikabulkan segala hajat.
49."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - Untuk mententeramkan keluarga di mana setiap anggota sentiasa menyayangi dan menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99 kali, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan dan usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi dan menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - Zikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah.
51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - Apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 kali secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar dan berubah perangainya.
52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - Perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman dan taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah ) - Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda dan kembali seperti sediakala.
54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.
55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya ) - Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh dan terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - Perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58."Ya Muhshiy" ( Maha Menghitung ) - Sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu.
59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula ) - Agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 kali setiapa hari. InsyaAllah...
60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 dan setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan hasilnya.
61."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - Amalkan zikir ini sebanyak 58 kali setiap hari, InsyaAllah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia dan akhirat kelak.
62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - Untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - Telah berkata Imam Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh dan ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000 kali setiap malam atau selang sehari. Hendaklah dilakukan secara berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.
65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh dan kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.
66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - Demi kecergasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67."Ya Waahid" ( Maha Esa ) - Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata dan tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190 kali setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan dan selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin dan Khamis, InsyaAllah...
68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka mohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar.
69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil.
70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - Menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 kali setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72."Ya Muahkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - Bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27 kali setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - Amalkan zikir ini sebanyak 200 kali sesudah solet 5 waktu selama 1 bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75."Ya Dhaahir" ( Maha Menyatakan ) - Amalkan zikir ini sebanyak 1106 kali sesudah solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa, dibaca untuk setiap ba'da solat fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa.
77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.
78."Ya Muta'aAliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - Sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya dan segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79."Ya Bar" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari. InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - Bagi orang yang selalu buat dosa dan ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam.
84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukannya kekal dan tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 kali sesudah solat fardhu dan 212 kali pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - Amalkan zikir ini sebanyak 65 kali setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insya Allah tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - Sekiranya ada dikalangankeluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - Amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil dan kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat.
89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - Mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di dunia dan akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 kali pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim dan suka membuat angkara.
91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya ) - Asma ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi dan telah puas dihidapi dan telah puas diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001 kali pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh dan bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - Menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung dan memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan di dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi dan petang.
94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakan zikir ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah dan akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting dan bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 kali selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya dan berjalan lancar.
96."Ya Baaqy" ( Maha Kekal ) - Amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 kali selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 kali. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik dan memberangsangkan.
98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.
99."Ya Shabuur" ( Maha Penyabar ) - Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
3 Comments:
terima kasih..
purple
sama2
Ada kawan bertanya , samaada ada dalil zikir ini .. t.kasih
Post a Comment
<< Home