Pelaris
Cara Mengenali KEDAI MAKAN atau PERNIAGAAN Yang Menggunakan Pelaris-
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam Jin) atau tidak, baca Ayat Qursi sebanyak 7 kali di luar kedai makan tersebut.Sebaik2nya semasa dalam kereta lagi. Kemudian buka tingkap kereta dan tiup 7 kali ke arah kedai tersebut.Tiup perlahan-lahan ke arah kedai itu sampai habis nafas.
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “Khadam JIn” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
(Tolong sebarkan ilmu ini untuk amalan umat Islam yang lain)
Nota : Gambar Di atas Sekadar Hiasan Semata-mata.Tiada kena mengena dengan pelaris yang saya jelaskan ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home