Sunday, May 05, 2013

Malaysia Memilih

Bismillah...

Dengan rezeki yang diberikan, aku telah selamat membuang undi. Alhamdulillah. Aku yakin, undi aku bukan undi rosak :) Bersih tanpa sebarang kekotoran termasuk dari dakwat kekal.

Tiada apa-apa yang berlaku selama aku berada di pusat membuang undi. Cumanya ada seorang pengundi komplen yang kertas undinya tidak kelihatan cop di sebelah kiri. Tapi kemudiannya, kerani SPR mencop sekali lagi kertas undinya. Tiada masalah kot.

Perihal dakwat kekal, apa ke halnya kata boleh tahan 3 hari. Lepas aku balik mengundi, aku mandi sebab nak solat zohor. Dah luntur dah. Ni ambil wudhu sembahyang Asar, petang ni mandi, ambil wudhu Isya, confirm bersih pagi besok.

Tunggu keputusan je. Insyaallah, sesiapa pun yang terpilih menjadi kerajaan, itu adalah ketentuan Allah. Dan aku yakin, Allah telah merancang yang terbaik untuk negaraku ini. Cumanya, nak ingatkan lah, bila dah berkuasa, kena la buat kerja.




2 Comments:

Blogger ~Erina Juliana~ said...

Nak tanye la....kat kl ni abg ade kenal mana2 kilang yg buat wardrobe tak? Kalau leh nk yg material glossy pintu nya.... kalau de info bgtau eh. Susah lah nk cari kt kl ni. Mahal lak tu

6:08 PM  
Blogger Ezad said...

eh.. kalau luar kl.. nak hantar kl, transportation cost lagi tu

9:57 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home