Saturday, May 12, 2007

Hari Ibu

Bismillah...

Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 13Mei ini, mari kita sorot kembali penyandang-penyandang Anugerah Ibu Mithali...

1. Enjah Mohd Ariff (1980) - Ibu kepada 12 anak, 8 perempuan dan 4 lelaki.
2. Wan Mas Wan Ibrahim (1984) - Ibu kepada 8 anak. 3 perempuan dan 5 lelaki, termasuk bekas Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nik Ariffin Nik Omar.
3. Wan Meriam Wan Ahmad (1985) - Ibu kepada 6 anak, 5 perempuan dan seorang lelaki.
4. Zabedah Shahid (1988) - Ibu kepada 13 anak, 7 lelaki dan 8 perempuan, termasuk tokoh koporat terkemuka, Tan Sri Azman Hashim.
5. Ayot @ Rokayah Rajak (1991) - Ibu kepada 16 anak, 8 lelaki dan 8 perempuan. Sembilan anaknya berjaya ke menara gading.
6. Maimon Abdullah (1994) - Ibu keada 10 anak, 5 lelaki dan 5 perempuan.
7. Kamariah Alang Mat Nasid (1999) - Ibu kepada 13 anak, 7 lelaki dan 6 perempuan, termasuk bekas Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Khairuddin Arsyad.
8. Kalsum Abdullah (2002) - Ibu kepada 15 anak, 8 perempuan dan 7 lelaki termasuk bekas imam Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail.
Beberapa panggilan IBU dari seluruh dunia
  • Maori - Madar
  • Mongolia - 'eh
  • Punjabi - Mai, Mataji, Pabo
  • Serbia - Majka
  • Sepanyol - Madre, Mama, Mami
  • Sweden - Mamma, Mor, Morsa
  • Telegu - Amma
  • Turki - Anne, Ana, Valide
  • Ukrain - Mati

Sempena Hari Ibu ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibuku Hajjah Haspah Bt Shabudin. Semoga senantiasa dilindungi Allah swt dan berbahagia selamanya.

**Sumber : Berita Harian**

5 Comments:

Blogger shafarina said...

Selamat Menyambut Hari Ibu eh...

ps: cuba cari2 wish untuk isteri.. takda.. ke belum.. :p

1:31 AM  
Blogger Noushy Syah said...

ERRR...selamat hari "MATI" dlm bahasa UKraine!! NOOOOO....

8:53 PM  
Blogger Ezad said...

wan
kekekekekekekekeke.... single & available

NS
dah itu bahasa mereka. kita tak yah la campur adukkan. lain maksudnya nanti

11:13 PM  
Blogger Purpleheart said...

Salam hari ibu.. syukur kerana masih ada ibu untuk mencurah kasih sayang..

7:38 AM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
alhamdulillah.. :)

10:56 PM  

Post a Comment

<< Home