Sunday, April 29, 2007

Bicara Dengan Mak Cik


Bismillah..


Ketika bertemu dengan seorang pelanggan di sebuah kampung. Seorang wanita berusia lewat 50an, berniaga pisang goreng di tepi jalan. Suaminya mengidap kencing manis dan aku menawarkan teh misai kucing untuk membantu menyelesaikan masalahnya. Aku tak nak bicara pasal produk, tapi aku nak berbicara pasal sikap.


Selepas habis sesi tawar menawar, mak cik ni, tanya aku, pekerjaan aku sebelum aku berniaga. Aku kata, aku bekerja sebagai pereka perabot.

Dia tanya lagi, mengapa aku berhenti, gaji tak cukup? kena buli? atau apa? Aku jawab bukan sebab gaji tak cukup, bukan kena buli, bukan juga sebab kerja tu tak best. Malah aku suka kerja mereka-reka ni. Tapi sebab aku nak buat benda baru. Nak cari sesuatu yang lebih mencabar.

Mak cik tu kata, kalau aku anak dia, dia dah marah aku sebab berniaga.Bukan aku tak boleh dpat kerja baik, tapi berhenti semata-mata nak berniaga. Katanya orang Melayu kalau berniaga tak terjamin. Belajar tinggi-tinggi, tapi usung barang untuk jual kat orang. Merayu suruh orang beli barang. Dia memberi contoh dirinya yang menjual pisang goreng di tepi jalan. Katanya, dia jual goreng pisang pun hasil tak seberapa. Tak berkembang pun. Bagi dia, biarlah anak-anak dia kerja makan gaji. Gaji kecil tak mengapa, asalkan wang masuk setiap bulan secara tetap. Tambahnya lagi, kita tak perlu ikut orang cina. Orang cina berniaga sebab dia banyak duit. Kalau perniagaannya bermasalah, bapanya boleh bagi wang lagi.
Aku hanya mendengar. Tak membantah pun. Sekadar angguk-angguk dan mencelah serba sedikit. Mencelah bagi 'menyokong' hujahnya.

Kenapa? Sebab ketika dia 'membebel' aku belum terima duit teh misai kucing tu lagi. Kalau aku bangkang karang, silap-silap dia tak mau beli teh tu.. hehehe

....................................................................

Ini antara sikap orang Melayu terhadap perniagaan. Kecewa, memang lah kecewa. Jika sikap ini terus menerus ditaburkan ke dalam minda anak-anak, aku percaya, sampai satu tahap, tak ada seorang pun peniaga berbangsa Melayu kat bumi Malaysia ni. Jika adapun, sekadar menunggu mendapat kerja. Pasti ada yang terbaca pasal beberapa orang graduan, yang memohon pinjaman perniagaan, kemudian menolak tawaran tersebut setelah mendapat kerja setimpal dengan 'kertas yang diperolehi ketika konvokasyen'.

11 Comments:

Blogger Unknown said...

jgn kecewa berterusan, bro..yg perlu brterusan ialah kesungguhan kita.

err..salam..morning..dah hapdet..dah hapdet..

2:40 AM  
Blogger zino said...

ezad..
salam kenal.. 9 dari sepuloh rezeki tu datang nya dari sumber berniaga..

anggap apa yg makcik cakap tu sebagai perencah dan membakar semangat ezad utk lebih gigih dan menerpa kejayaan..

10:27 PM  
Blogger Ezan said...

Yang penting percaya pada diri sendiri. Orang cakap memang senang..

Semoga berjaya.

11:43 AM  
Blogger achik said...

masih ramai yg ada mentaliti camtu.. takpe, usaha tangga kejayaan.. semoga terus berjaya.. :)

5:42 PM  
Blogger Ezad said...

azzam
tak kecewa.. tgh bersungguh2 la ni tebalkan muka

zino
betul. tadi pun dapat seketul lagi. alahaii...

ic3dlatt3
yup. sungguh senang bercakap. tapi bernanah jiwa mendengarnya

achik
ramai... sangat ramaiiiii

10:56 PM  
Blogger cepotet said...

hmmm.. tak setuju sungguh ngan auntie goreng pisang itu. saya bangkang kata katanya. sib baik saya bukan anaknye.. *gelak*

11:45 PM  
Blogger Ezad said...

erni
sib baik kita bukan anak dia.. keke

1:13 PM  
Blogger mamabear said...

mamabear lahir dari keluarga yang keje gomen... bila dah kawin dan melihatkan 2 org spupu papabear yg jadi jutawan...baru tbukak mata ni yang berniaga boleh hidup lebih senang.. yang penting kena usaha gigih.. ezad kena yakin ye..dan kata mereka yg bjaya > salawat 500x shari dan niat dlm ati insyallah akan bjaya.. :)

6:41 PM  
Blogger Ezad said...

mamabear
tapi tu la, bukan senang nak senang. banyak benda yang kena dihadapinya. mereka jadi jutawan? mereka berniaga apa? hehe.. nak kena tau gak tu :)

10:21 PM  
Blogger TeacherNunu said...

dulu, aku rasa yg aku tak minat langsung niaga nier..tapi i thhink one day, aku akan ceburi gak.aku tgk org bukan melayu bukak kampeni yang related to educaiton manyak sangat..aku rasa aku nak buat mcm tu nanti

9:58 AM  
Blogger Ezad said...

nuu_ol
ramai di kalangan kita tak minat berniaga sebenarnya. bila kita kata 'one day', perlu spesifik 'bila?', sebab perkara tertangguh tak akan menjadi, ka? rasanya la :)

10:30 AM  

Post a Comment

<< Home