Cuepacs Minta Kaji Semula Cuti Umum
KUALA LUMPUR 11 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan cuti umum yang semakin banyak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan daya pengeluaran negara.
Presidennya, Omar Osman berkata, keadaan itu akan menjadi lebih kritikal ketika berlakunya pertindihan cuti kelepasan am, yang akan dibawa keesokan harinya.
Katanya, cuti tahunan yang diperuntukkan kepada kumpulan itu pun sudah mencukupi hingga ada yang terpaksa membawa cuti lebihan tahunan mereka ke tahun berikutnya.
“Sebagai contoh, 1 Mei ini berlaku pertindihan cuti Hari Wesak dan Hari Pekerja di seluruh negara lalu digantikan pada 2 Mei.
“Bagi saya, kalau tak ganti pun tidak mengapa sebab dah banyak sangat cuti, lagipun bukan selalu terjadinya pertindihan cuti seperti ini,” katanya di sini.
Setiap tahun, kakitangan awam mendapat cuti umum lebih 15 hari dan jika dicampur dengan cuti tahunan, ia menjangkau lebih 40 hari mengikut gred jawatan masing-masing.
Omar berkata, beliau khuatir produktiviti negara akan terjejas apabila terlalu banyak cuti diberikan kepada kakitangan awam.
Bahkan menurutnya, cuti yang banyak mampu mengganggu kesihatan mereka dan melemahkan ekonomi keluarga dan negara.
Kata beliau, Perdana Menteri sendiri pun sentiasa mengingatkan kakitangan awam agar produktif supaya Malaysia maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
“Cuepacs rasa tak payah fikir asyik nak cuti ganti sahaja kerana kita tidak mahu orang fikir yang negatif sahaja terhadap kakitangan awam,” tambahnya.

...............................................................................................................................
Nota tapakakiku
Aku rasa, ramai kakitangan kerajaan akan marahkan aku selepas ini...
Seingat aku, dahulu kakitangan kerajaan bekerja 6 hari seminggu, di mana hari Sabtu, mereka akan bekerja separuh hari. Maka pemimpin ketika itu mengumumkan supaya kakitangan kerajaan diberi cuti pada hari Sabtu setiap minggu pertama. Ini bagi menggalakkan kakitangan mereka meluangkan masa dengan keluarga mereka. Lepas itu, ada pula suara-suara halus mendesak kerajaan memberi cuti pada setiap hari Sabtu, maknanya, mereka hendak bekerja 5 hari seminggu sahajalah. Namun, pemerintah kata, itu akan mengurangkan produktiviti. Suara-sura itu terus mendesak. Lalu kerajaan mengumumkan cuti bagi setiap Sabtu pada minggu pertama dan ketika. Suara-sura itu mendesak lagi, supaya diberikan cuti pada hari Sabtu. Maka kerajaan pun mengumumkan cuti bagi setiap hari Sabtu. Tapi kalau ada pertindihan, tidak ada hari ganti. Namun, ada juga suara-suara sumbang mengatakan kerajaan tidak adil kerana tidak memberi cuti kalau hari kelepasan am itu bertindih.
Hari ini, sibuk pula kata cuti terlalu banyak.... pulak dah??!!!
Seingat aku lah, Cuepacs ni, tak pernah ada isu lain selain 2 perkara. CUTI dan GAJI. Dua benda ni selalu dicanang dimedia. Lain?.... kakitangan kerajaan boleh beritahu kot...
Nota tapakakiku ni betul tak? Kalau tak betul, tolong betulkan. Aku tulis berdasarkan ingatan aku sahaja.
9 Comments:
Susah ler bila org mcm ni jadi presiden. Dok ceramah sana sini n keluar paper.
Bising lebih satu benda takde.
p/s: personally mmg tak berapa gemar si Omar dgn bini dia nih
Tak reti rasanya kali ni nak bagi pendapat sebab sendiri pun kerja gomen.
Walaupun keje gomen (sebenarnya tak la sepenuh gomen, badan berkanun), nama aje pekerja perkhidmatan awam, gaji orang gomen tapi kerja dah lebih dari keje swasta. Beban tugas sebenarnya dah meningkat tapi masih tak setanding dengan gaji kakitangan swasta. Dalam masa yang sama, harga barang meningkat berkali ganda, tol dan minyak.. tapi gaji kakitangan awam masih gituu jugak. setakat naik 10%, 10% dari berapa? 900.. bayangkan rm90 aje la yang naik. Saya yang dah keje 11 tahun nie, gaji pokok baru 1k. percaya tak?
bukan ke kalau cuti tu tak bertindih dia akan jadi 2 hari cuti yang berasingan... so kalau ganti pun sama je pun kan.. cumanya cuti tu jadi panjang skit.. tu yg nampak ketara skit... kalau saya tak kisah pun cuti tu nak ganti ke tak...
apa2 pun yg plg best cikgu la... plg byk cuti... hehehe ;p
wan
kenal secara personal ke ngan presiden tu?
kebanyakan presiden lebih bnyk berpolitik dr nak jaga kepentingan ahli
purpleheart
tu la. tp bersyukurlah. beribu org berebut nak kerja gomn, awak yg dapat. bersyukurlah
achik
ye ke kerja cikgu senang? bukan memalam pun kena keje check buku murid ke?
Saya pun kenal ngn omar nih,sbb bila der perjumpaan kepertama, dia turun.Tapi kenal cam2 tu jer...
Pasal cuti plak..emmm, tak tau nak komen ape. Bagi saya la, busan duk umah, tak tau nak buat per. klu pi opis tu, ader sajer kejenya.. tapi bg makcik2 dan kakak2 yg dah kawen tu...cuti tu perkara penting bg dorg.
Betul cakap ezad tu, dorg selalu duk ckp pasai cuti dan gaji..No komen!!
ehhh..terpanjang plaks!!!
betul la, saya patut bersyukur..alhamdulillah (sambil menadah tangan)
cuti ni bagus tapi kalau terlalu banyak tu jadi complacent pulak!
kat ostolia nih cuti hanya easter dan chrismass jer... hari lain kena kerja. tak dak pulak org complain...
purpleheart
alhamdulillah syukur nikmat
monstermom
tu la, orang kita ni manja. semuanya nak kena belai
aku sokong klu goment klu keje ari sabtu... asyik cuti jer manjang.. bile nak produktif klu asyik cuti jerr... yg aku benggang tu bank pun nak cuti jugak... yg jadi mangsa org keje swasta la.. ari sabtu la org nak kuar bayar bil karan, air, dan segala bil2 yg lain.. klu cuti bila masa nak bayar bil, takan hari keje kot.. dah tentu curi tulang mase keje.. dah mase terbuang lagi... tak paham aku goment ni... nak cuti pun berpada2 la.. jgn la sampai nyusahkan rakyat...
Post a Comment
<< Home