Sessi Copy & Paste : Kisah Harga Rokok Lagi
(sumber dari Utusan Malaysia)
SMS Sokong
KALAU boleh biarkan sekotak rokok berharga RM30. Kalau kita tidak bertegas, golongan muda dan generasi akan datang akan mewarisi ‘persekitaran merokok yang hebat’.
– IBU PRIHATIN.
– IBU PRIHATIN.
SAYA amat setuju harga rokok dinaikkan sehingga 100 peratus. Tetapi harga arak juga perlu dinaikkan kerana ia lebih berbahaya.
– 017-3281XXX.
JIKA tidak silap saya, sudah ada fatwa merokok adalah haram. Jadi apa sahaja aspek berkaitan rokok mesti diharamkan. Tetapi kalau mahu naikkan harga dan cukai rokok, naik tinggi-tinggi.
– RABIAH RASHID.
SAYA setuju harga rokok dinaikkan. Ini adalah salah satu cara menghukum perokok yang tidak menghiraukan kesihatan dan pembaziran.
– 012-6564XXX.
PEROKOK boleh dianggap banyak duit. Kalau mereka tidak ada duit mereka tidak akan membelinya. Walaupun harga rokok dinaikkan berkali-kali, mereka tetap merokok.
– ANAK SAYANG BAPA.
DENGAN menaikkan harga rokok dapat juga membanteras pelajar yang merokok. Biar mereka sedar harga rokok yang tinggi tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Perokok hanya kayakan syarikat rokok, mereka pula yang papa.
– SETUJU 100 PERATUS.
NAIK harga rokok lebih tinggi daripada biasa. Biar mereka rasa rokok membakar muka mereka. Biar mereka rasa rokok itu menyusahkan, membebankan dan membazir.
– 019-6363XXX
AMAT wajar harga rokok dinaikkan pada harga yang tinggi. Ini supaya orang ramai berfikir panjang daripada membazir duit membeli sekotak rokok. Harga sekotak rokok sudah sama dengan segelen petrol.
– 016-9140XXX.
MENAIKKAN harga rokok memang langkah bagus. Saya yakin ramai perokok berhenti merokok. Tetapi masalah lain pula mungkin timbul. Penagih rokok mungkin cari alternatif stimulasi yang lebih murah seperti gam, ketum, ganja dan pil khayal.
– MIE, Felda Lasah.
WAJAR harga rokok dinaikkan. Golongan perokok berpendapatan sederhana dan rendah mungkin fikirkan keutamaan lain daripada berbelanja untuk rokok. Kalau harga rokok RM10 sekotak, perokok hisap sekotak sehari mungkin ia berfikir dua kali untuk berbelanja RM300 sebulan untuk rokok.
– 012-3266XXX
DI Mekah, rokok difatwakan haram. Malaysia mesti berbuat demikian.
– MOHD, Kuala Pilah.
SAYA sokong harga rokok dinaikkan untuk menghalang tabiat merokok. Jangan bertolak ansur dalam hal yang tidak berfaedah ini demi melahirkan masyarakat berdisiplin, sihat dan cemerlang.
– 019-9522XXX.
SAYA sokong harga rokok dinaikkan lagi agar tabiat merokok berkurangan secara beransur-ansur. Dalam setahun, naikkan harga dua tiga kali, baru ada kesan.
– HARUN.
LANGKAH menaikkan harga rokok dapat menghalang remaja daripada berjinak-jinak dengan rokok tetapi kepada perokok tegar ia mungkin akan mengurangkan tabiat sahaja.
– 012-4479XXX.
SMS - Bantah
TIDAK wajar kerana walaupun harga rokok RM20 sekotak, kami penagih rokok tetap membelinya.
– 019-5030XXX.
TIDAK setuju. Makin berlambak rokok seludup di pasaran. Kurangkan kandungan nikotina dalam rokok. Apabila rokok tak sedap, orang pun tak hisap.
– TAK MBOH, Paka.
KALAU dinaikkan pun dua kali ganda harga, orang yang ketagih merokok tetap akan membeli.
– AZLINA HASHIM.
TIDAK wajar dinaikkan kerana akan menguntungkan pihak pengeluar. Rokok, walau mahal macam mana pun tetap ada pembelinya. Saya cadangkan agar kurangkan pengeluaran dan kawal penjualannya.
– ABG ZACK, Kajang.
MENAIKKAN harga rokok bukanlah cara untuk hentikan tabiat merokok. Rokok seludup yang murah masih boleh didapati dengan mudah. Ketatkan kawalan penjualan rokok. Saya syorkan kerajaan jadikan rokok sebagai barangan kawalan. Keluarkan lesen jual rokok secara terhad.
– R. KINDING, Melaka.
NAIK harga rokok tidak menguntungkan mana-mana pihak. Apatah lagi rokok seludup banyak dijual. Saya cadangkan supaya haramkan saja jualan rokok. Selesai segala masalah negara dan masalah kesihatan.
– 012-3603XXX
HARGA rokok dinaikkan setinggi gunung pun tidak akan menghapuskan tabiat merokok kerana seperti kata pepatah ‘biar putus tunang, jangan putus rokok’. Jati diri seorang perokok untuk jauhi dirinya daripada merokok inti pati terpenting. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
– 019-7707XXX.
TIDAK wajar harga rokok dinaikkan. Kalau hendak hentikan tabiat merokok ialah dengan menutup semua kilang rokok. Kalau kilang rokok masih beroperasi masalah ini tidak akan selesai. Sekarang harga rokok menjangkau RM8 pun orang beli.
– 019-3091XXX.
MENGAPA harga rokok hendak dinaikkan? Mengapa benci kepada perokok? Perokok pun ada sumbangan kepada negara. Jika dinaikkan harga, adakah masalah selesai?
– 016-6842XXX.
WAJARKAH harga rokok dinaikkan? Kalau ikut perasaan wajar. Tetapi kalau ikut pemikiran tidak. Yang akan menanggung beban kenaikan harga rokok adalah orang miskin seperti petani dan buruh. Merekalah yang paling ramai merokok.
– 012-2908XXX.
ROKOK sudah jadi keperluan bagi perokok. Naikkan harga bukan penyelesaiannya. Kena fikirkan yang berpendapatan rendah, takut nanti perbelanjaan lain dipotong hanya untuk beli rokok.
– ENAL.
APA guna naik harga rokok? Nanti lebih banyak pula rokok seludup di pasaran.
– 019-9806XXX
Ketika membaca akhbar Utusan dalam talian tadi, aku ada baca beberapa SMS dari pembaca yang memberi komen tentang harga rokok. Ada yang menyokong kenaikan harga, ada juga yang membantah.
Ada di kalangan yang menyokong menyatakan bahawa sudah ada fatwa yang mengatakan yang rokok itu haram, tapi perokok masih lagi mahu menghisapnya. Aku sokong itu, pada aku, umat Islam di negara kita hanya menolak babi dan anjing sahaja sebagai haram. Bab lain tidak ada haramnya. Termasuk la arak, zina, dadah, umat Islam juga terlibat. Aku percaya, kalau kita sakat mat-mat gian kat bawah jambatan tu, bawa seketul daging, lepas tu beritahu mereka yang daging itu adalah daging babi, nescaya mereka akan mengatakan daging itu haram. Percaya la.....
Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa dengan kenaikan harga rokok, ianya mampu menyekat para pelajar dari membelinya. Betul juga. Pelajar sekolah, berapa sangat la elaun yang dia orang dapat dari ibubapa. Jadinya kalau harga sekotak rokok berharga RM20.00, kita percaya, ramai pelajar yang akan berfikir untuk membeli. Seorang rakan aku, ketika di Malaysia dia juga banyak menghisap rokok (ketika itu, harga rokok masih murah). Kemudian dia menyambung pelajaran ke Australia. Selepas beberapa tahun, dia balik ke Malaysia dia beritahu yang dia dah berhenti merokok, sebab harga sekotak rokok di Australia ketika itu adalah bernilai RM20.00. Bagaimana kerajaan Malaysia? Sanggupkah meletakkan harga sekotak rokok RM20.00?
Walau apa pun hujah bagi menyokong kenaikan tersebut, aku tertarik dengan satu SMS yang membantah menyatakan bahawa perokok juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara. Menarik sungguh. Tidak dinafikan bahawa perokok juga penyumbang kepada ekonomi negara, kan? Tapi mereka juga penyumbang kepada penyakit dan pencemaran alam sekitar. Makanya, jika mereka masih mahu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, tidak salah kiranya harga rokok itu dinaikkan lagi. Supaya mereka dapat menyumbang dengan lebih banyak lagi, tak gitu?
Kepada mereka yang berpendapatan kecil, bawa-bawa lah berhenti merokok. Gunakanlah duit yang sedikit itu untuk kerukunan rumahtangga. Beli susu anak, lampin anak, buku sekolah anak, gelang untuk isteri. Banyak faedahnya.
Jika ada yang sanggup putus tunang dari putus rokok, aku rasa, pihak berkuasa juga boleh la gunakan motto biar harga rokok naik, jangan harga minyak naik. Biarlah perokok menanggung segala kos sara hidup rakyat kebanyakan. Ye lah, mereka sanggup menggadai nyawa semata-mata mahu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Berilah mereka peluang
Tapi memang betul, rokok itu sedap dan nikmat. Aduhai DUNHILL, sudah lama aku tak mengulit dirimu
7 Comments:
Oh ni kesinambungan dari entry lepas ya.. kalau ditanya pada semua pasti ada alasan yang diberikan, namun begitu lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dengan kenaikan harga rokok, yang merokok pun tak lah semakin gian menghisap, dan budak2 sekolah pun pikir 10 kali nak membeli.
Kalau dah teringin sangat nak mengulit dunhill, pe salahnya beli bubuh kat frame gambo.. ari2 boleh ngulit.. jangan marah ek, gurau aje.
purpleheart
apesal nak letak kat dlm frame gambar lak. kalau dah cam tu, tak ulit dunhill la.. ulit frame gambar
aku sokong rokok diharamkan.. macam cwinggam kat singapore.. sebab dah la malaysia ni sikit lelaki, dan populasi perokok tu lelaki, maken ramai pulak mati. pastu golongan perokok ni ramai yang profesional, ngaji tinggi2, majukan negara(dengan cukai rokok) pastu mati.. huhuhuh sadiss..
ledi
memang patut rokok tu diharamkan. tapi nak ke kerajaan malaysia mengharamkan pengeluarannya? cukai dari kilang rokok pun banyak ooo..
salam, i like this post!!
kyora kejora
salam...
apalah korang ni,nak kata pandai? entahlah aku nak cakap apa,inilah org panggil pandai tak boleh nak tegur,semuanya nak betul korang je benda lain tak fikir,aku malas nak layan korang semua fikiran cetek.
Post a Comment
<< Home