Tuesday, April 03, 2007

Machap oh Machap

Hari ni, aku ke Machap. Menyaksikan majlis penamaan calon bagi pilihanraya kecil N 08 DUN Machap yang diadakan di Kompleks JAPERUN Machap. Pilihanraya ini dijalankan setelah kerusi DUN tersebut kosong selepas kematian wakilnya, Datuk Poh Ah Tiam dari Barisan Nasional (MCA). Meriah sungguh. Aku terpaksa parking kereta sejauh 2km dari kompleks tersebut.
Pilihanraya yang akan berlangsung pada 12hb April ini akan menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara calon BN dan calon DAP.

Rata-rata pemerhati menyatakan bahawa DUN Machap ini adalah kubu kuat Barisan Nasional. Sejauh mana dakwaan tersebut, 12hb ni akan menentukannya.

Beberapa keping gambar yang dapat aku ambil semasa berada di sana. Jom layan...


Kesesakan lalu lintas

Tepak sirih, lambang menyambut tetamu

Kubu BN

Kubu BN 2

Kubu BN 3

Penyokong DAP

Penyokong DAP 2

Hampir tercetus ketegangan

Mula tegang dan panas

Mula bergaduh, sedikit sahaja. Polis dapat mengawal keadaan

Datuk Seri Ali Rostam dan Khairy Jamaludin

Masa aku nak balik tadi - berjalan kaki menuju ke kereta, aku didatangi oleh seseorang, yang mendakwa dari KL. Datang dengan anak saudaranya. Tapi anak saudaranya kena balik awal. So, dia kena tinggal. Lepas sahaja aku buka pintu kereta aku, dia terus kata nak tumpang. Tanpa menunggu persetujuan aku, dia terus masuk ke dalam kereta, sebelah pemandu. Aku rasa hairan. Macam-macam alasan yang aku bagi, dia kata tak pe, berhentikan dia kat pekan. Aku dah curiga. So, aku drive macam biasa, sampai kat pekan Bukit Senggeh, aku suruh dia turun, aku kata, kat sini akan ada bas lalu. Dia boleh naik, dan t erus ke Melaka Sentral. Pada mulanya dia tak nak turun, tapi aku berkeras juga, suruh dia turun kat situ. Aku kata, aku nak ke rumah saudara aku, nak kena patah balik. So dia pun turun la. Terus aku pecut. Tak tunggu lagi. Aku bukan tak nak tolong, tapi rasa macam tak sedap hati je.

9 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Patutlah ramai kawan saya yang orang kuat BN arini derang nak pergi Machap. Katanya ada penamaan calon yea..

10:15 PM  
Blogger chempaka said...

Isk!! mcm2 la..entah sapa2 jer tu. Dlm kedaan dunia yg mcm2 ni, sume leh jadik. Nak tolon susah, tak tolon pun susah..kena berwaspada dan berjaga2 ler..

12:53 AM  
Blogger shafarina said...

Meriahnya Machap!

Pasal hitchhiker tu, takutlah Ezad. Dah ler suruh turun taknak. Eiii.. Nasib baik takde apa2 jadi.

7:41 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
ha ah.. penamaan calon

chempaka
tu la pasal. kadang2, kita tolong org yang berniat jahat, tp yg betul2 susah kita biarkan sahaja

wan
meriah.. ape tak meriahnya, sekali ngan gendang india tu, sambut samy V
org tu, kena turun kat situ juga, sebab kalau depan lagi, ada ldg kelapa sawit je. bahaya

9:46 PM  
Blogger aNIe said...

Aik!! dah kasi tumpang sampai situ pun takmo turun jugak...melampau ni...

12:34 AM  
Blogger Ezad said...

kak lady
tu la pasal. risau gak dia tak nak turun.
sekarang, kita semakin takut untuk membantu, kan?

10:24 PM  
Blogger Purpleheart said...

Gamaknya apa nak buat ek kalau dia berkeras juga tamau turun. Haru sungguh.

11:15 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
rasanya, cara menumpangkan org yg tak dikenali adalah:-
-buka cermin tingkap ketika memandu
-ketika berhenti, buka seat-belt & pintu kereta
-sedia utk off enjin kereta
-kalau dia enggan keluar, matikan enjin kereta, tarik kunci & anda keluar
-panggil org
boleh pakai ke cara ni?

12:06 AM  
Blogger Purpleheart said...

Mungkin juga boleh dipraktikkan bila berlaku situasi sebegini. Jadi orang yang tak mahu turun tu nak tak nak terpaksa juga la turun. Tapi kena pastikan juga kat mana nak berenti tu, pastikan keselamatan tempat tu terjamin. Mana la tahu, dia tak nak turun dia kuarkan pisau ke hapa..

8:43 AM  

Post a Comment

<< Home