Friday, March 23, 2007

JKR Pernah Beri Amaran Kepada Putrajaya Holdings

KUALA LUMPUR 22 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) pernah memberi amaran kepada Putrajaya Holdings, pemaju pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya, mengenai kewujudan aliran air di kawasan bukit yang runtuh di Presint 9, Putrajaya awal pagi ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, amaran yang disampaikan menerusi sepucuk surat bertarikh 13 Julai 2006 itu memaklumkan mengenai kewujudan aliran air akibat kebocoran tangki air di atas bukit berkenaan.
‘‘Kita minta mereka membaiki kerosakan itu kerana kebiasaannya apabila ada air, air akan masuk dalam tanah menyebabkan tanah menjadi lembut,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran jualan projek kondominium mewah Matahari di Desa Seri Hartamas di sini hari ini.
Samy Vellu diminta mengulas keluhan penghuni pangsapuri di Presint 9, Putrajaya yang mendakwa pernah membuat aduan mengenai kewujudan aliran air di bukit berkenaan tetapi tidak diendahkan.
Bagaimanapun, Samy Vellu menegaskan, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kewujudan aliran air itu menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh tersebut.
Katanya, siasatan rapi bagi mengenal pasti punca kejadian itu masih dijalankan oleh cawangan Kejuruteraan Cerun JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).
Samy Vellu berkata, aliran air di Presint 9 itu ditemui oleh pegawai JKR ketika mereka menjalankan pemeriksaan biasa ke atas bukit serta cerun di Putrajaya.
Beliau berkata, JKR tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan kerja pembaikan dilakukan kerana ia di luar bidang kuasa jabatan itu.
‘‘Tugas kami ialah memberitahu tetapi terpulang kepada mereka (Putrajaya Holdings) sama ada hendak melakukan pembetulan atau tidak,’’ katanya.
Mengenai situasi semasa di kawasan kejadian tanah runtuh itu, Samy Vellu berkata, laporan awal JKR dan Ikram mendapati keadaan tanah telah stabil dan tidak berlaku sebarang pergerakan tanah.
Bagaimanapun, jelas beliau, sebagai langkah berjaga-jaga, JKR menasihatkan Putrajaya Holdings memindahkan penduduk di pangsapuri berkenaan selama dua minggu.
............................................................................................
Kalau betul la sesuatu kawasan tu tak selamat didiami, kenapa projek diteruskan?
Perkara macam ni selalu terjadi. Bila dah berlaku sesuatu yang buruk, masing-masing dok tuding jari kat orang lain. Semuanya nak melepaskan diri masing-masing. Baik orang politik, mahu pun orang-orang yang menjawat jawatan paling kanan kat sesuatu jabatan. Yang kena bahananya, rakyat juga. Bila dah ada jadi mayat, baru nak bertindak. Tak pun lepas masuk tv. Letih lah.... (DSSSV.. bila nak berhenti???)

4 Comments:

Blogger ween said...

itulah, si tok sami dok sibuk buat duit untuk dia je nak beli rambut palsu baru, tu yang semua projek lulus je tanpa kaji selidik terperinci..

5:46 PM  
Blogger Ezad said...

ween
eh.. dia ada rambut ke? nampak cam sabut kelapa je.. hehehe

8:49 PM  
Blogger shafarina said...

Ya... bila nak berenti??

9:21 AM  
Blogger Ezad said...

wan
tak tau

8:40 PM  

Post a Comment

<< Home