Thursday, March 15, 2007

Hari Aku Marah - Edisi Janji Sawo Matang

Bismillah..
Pagi tadi, aku set appointment dengan seseorang. Tujuannya, aku nak sesuatu dari dia untuk aku bagi kat client aku di Alor Gajah. Memula nak gi tempat dia jam 10 pagi. Tapi dia kata dia ada hal. Set petang. OK, fine.. set kol 3 petang. Deal!
So, pagi tadi, aku buat appointment dengan orang lain, kat Umbai. Deng dong deng dong.. Deal!Tengahari balik office aku (rumah la tu), buat la kerja2 pentadbiran sikit. Lebih kurang jam 230, aku call mamat tu, confirm kan balik, jadi ke kol 3. Confirm! Jumpa kat Jasin. Kat 1 kedai makan. Deal!
Memandangkan rumah aku ngan town tu tak der la jauh sangat, makanya aku pun gerak la dalam kol 255ptg. Sampai town ngam2 kol 3.
3.15.............
3.25............ (aku SMS, 'tembak kalau dah sampai' - aku tak betah duduk ni, so aku pun gerak jalan2 la area town tu.... dah lama dah aku tak ronda2 jalan kaki kat town. Biasa park depan kedai tertentu.. beli brg..then cabut.)
3.30............
3.45............
4.00........... (jiwa aku dah kacau. call mamat tu...)
aku : mana?
dia : tunggu jap Zad, aku on the way. Sampai nanti aku call
4.15..............
4.30 (Si*L)
4.45............ (handphone aku berbunyi)
dia : mana?
aku : depan supermarket
dia : aku kat kedai ni
aku : OK
4.50 - 530 - Discussion
5.30 - aku start kereta, menuju ke Alor Gajah. Nak hantar barang yang kat mamat tadi untuk client aku
6.10 tiba di Alor Gajah
6.20 segala urusan di Alor Gajah selesai
.......................................................................

Aku ni, nak kata menepati masa sgt pun tak la. Aku ni jenis, kalau janji kol 3, maksud aku jam 3.00 lah. Kalau 3.15, maknanya dah lewat la tu. Tapi, ramai kawan-kawan kata aku ni punctual. Itu aku tak tau la! Orang yang kata.
Biasanya bila berjanji (katakan nak jumpa pukul 3), aku akan kata "aku akan sampai antara jam 2.50 hingga 3.15. Kalau kau sampai dulu, kau tunggu la kejap. Kalau aku sampai dulu, aku tunggu.. no hal".
Tapinya, mamat tu tadi sampai jam 4.45. Berapi aku tunggu tau!!. Tadi tu, nasib baik aku perlukan barang tu. Dah janji dengan client aku kat Alor Gajah nak bawa petang tu juga. Terpaksa la aku tunggu. Kalau ikut hati tadi, aku dah balik dah.
Eiiiiiiiiiiiii........ Sawo matang.. kenapa la janji kau ni macam haprak!
(Masa aku makan gaji dulu, office hour jam 8 pagi, aku sampai jam 7.15 pagi! - so, aku bukan la punctual, kan?)

7 Comments:

Blogger Red Mummy said...

ko x punctual tp ko terlebih awal sampai kol 715 pagi!

akak lak opis msk kol 830 tp kol 9 br akak nampak muka, but ini sebb dah tahap malas pi opis tu lah kaedahnya.

but akak kalo berjanji ngan org, boleh terima till 15min, later than that, mmg akak akan keep calling dia for every minutes. ada satu kawan akak, very the bad timer, cam kwn ko tu gaklah, at least kalox leh punctual, call kita and bgtau lambat, ni buang masa kita jer! aku cukup hangin ngan org begini, i used to ban one fren just bcoz dia nye punctuality yang cam kap lam nga!!

hah luah rasa kat sini lak..

geram gak ngan org janji tah hape2 ni!!!

2:18 AM  
Blogger Purpleheart said...

Eee, hangin satu badan kalau janji kul sekian-sekian, datang lambat macam tu. Pun sama juga tak pernah punctual, masuk keje 7.45 tapi sampai 7.15. Tak rugi mai awal..

8:16 AM  
Blogger achik said...

kalau saya pun dah angin satu badan...

saya pun x punctual... 1st day praktikal dulu sampai sejam awal.. takut 'sesat' cari tempat ;)

10:16 AM  
Blogger Ezad said...

kak red
dtg awal tu yg buat boss sayang tu. boss dtg lambat, lepas tu lalu depan saya, tak angkat muka. malu la kononnya tu..haha
waa.. pukul 9 baru masuk kerja. kalau saya boss, say minta akak bagi surat resign. keke.. bukan mintak berhenti tau! mintak surat je.. ada beza tu
psstt.. kak, salah eja tu la. kap lam nga.. KLANG! ejaan betulnya kap lam ya nga :)

purpleheart
ha.. memang tak rugi, jalan pun tak jem. parking pun bleh suka2 je. pas tu, kita la tolong on air cond semua.. haha

achik
amalkan selalu ye

5:23 PM  
Blogger kemat said...

biaselah janji Melayu..tapi ok la , melayui janji tetap datang.. kalau janji In..., haram tak nampak batang hidung

8:35 PM  
Blogger wan said...

sawo matang digelarnya, patut lebih pahit dari tu utk orang yang tak tepati masa.

sy slalu +- 10 minit lah dari waktu yg dijanji. dah terbiasa. jam pun set awal 10 mins.

7:16 PM  
Blogger Ezad said...

kemat
ye la. tapi kalau dgn C*na, tak banyak masalah. kalau dia tak penuhi permintaan kita, dia akan inform. tak der la kita ternanti2

wan
apakah gelaran yang hendak diberikan?
ha.. 10 - 15 minit kira paling sesuai la. tak der la berapi dibuatnya

9:30 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home