Wednesday, March 07, 2007

Bangun Tidur

Bismillah..
Tadi baca blog suratan atau kebetulan (tehbunga). Menceritakan kaedah bangun tidur dengan menepuk bantal. Misalnya nak bangun pukul 6, maka, pukul la bantal tu sebanyak 6 kali. Kalau nak bangun pukul 12, pukul la bantal tu 12 kali.
Haa.. korang percaya tak kaedah ni?
Aku percaya. Sebab aku sendiri amalkan.
Seingat aku lah, aku amalkan perbuatan ni selepas mendengar ceramah motivasi. Lama dah. Masa zaman sekolah lagi. Makanya, aku amalkan tepuk bantal ni sejak kat kolej lagi. Kata motivator tu, bila nak bangun jam sekian-sekian, kita perlu setkan dalam minda kita. Ianya berkaitan dengan minda separuh sedar yang ada dalam otak kita. Perbuatan memukul bantal itu hanyalah pendorong bagi merangsang minda separuh sedar supaya kita bangun tepat pada masanya. Macam kita nak yakin kan diri kita, kita akan genggam tangan, kemudian menggerakkannya depan-belakang.. kan? Itu cara kita merangsang diri kita supaya yakin pada diri sendiri. Ha... macam tu la lebih kurang konsepnya. Ceramah motivasi tu dah lama. Tapi cara tu tetap aku amalkan sehingga sekarang. Tapi bukan la selalu. Cuba la amalkan. Tapi yang paling penting adalah setkan masa nak bangun tu dalam minda. Kau tepuk bantal aje, tak niat apa2, tak do laaa... terlajak la subuh korang u nanti.. hehehe

17 Comments:

Blogger chempaka said...

Dulu2 penah gak wat cara nih..kekadang terbabas gak.Tp sekrg, kunci jam enpon jer. Kompom solat subuh tak terlajak lagi..haha!

8:43 AM  
Blogger pB said...

tak pernah cuba...
tapi yang selalu terjadi kalau tidur sebelum solat isyak, mlm mlm mesti bangun...

kan kan kan...

2:15 PM  
Blogger Purpleheart said...

Betul, tepuk bantal ngan tepuk minda untuk bangun sekian sekian masa.. kalau sekadar tepuk aje pun tak guna juga.

4:52 PM  
Blogger Ezad said...

chempaka
eloknya kunci jam je. senang. tak bangun gak, tak tau arr....

pb
tu maknanya, suruh solat la tu. nasib baik terjaga, kalau tak terjaga langsung? isk...

purpleheart
kalau nak lagi best suruh orang tepuk muka kita kalau tak bangkit2

9:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

ya betul...
sy pon buat gitu:)

9:53 PM  
Blogger Red Mummy said...

akak lak bunyik lah alarm sampai 3,4 bijik

cam nak gila bunyik pun aku payah gak nak bangun!!!

10:10 PM  
Blogger Ezad said...

skidg8
buat yang mana 1?

red mummy
3, 4 biji alarm pun liat nak bangun? tu patut siram ngan air je.. hehehe

10:23 PM  
Blogger Noushy Syah said...

ezaddd..yeh yeh, betul betul, noushy pun buat camtuh,tapi tepuk bantal cebut nama my SYAHyang..ngehhh...:p

8:05 PM  
Blogger Ezad said...

noushy
tepuk bantal sebut mana org, alamatnya bangun lambat le, maklum la mimpi syok:D

11:56 PM  
Blogger aNIe said...

ezad satu lagi orang cakap...tarik cuping telinga dan cakap kita nak terjaga jam berapa...hehehe...

Tepuk bantal tu...memang kak lady amalkan...

4:58 PM  
Blogger kakLuna said...

aha..masa sekolah dulu ada gak tepuk bantai..skrg pakai alarm hp je

5:38 PM  
Blogger shafarina said...

ramai gak amalkan eh? tak tau la pulak benda ni.

malam ni nak amalkanlah.. :)

thx kongsi2 petua nih eh ezad!

10:39 PM  
Blogger Ezad said...

kak lady
ye ke? wah.. bab tarik telinga tak tau plak. biasanya time nak tido, tarik selimut je.. keke

kakluna
ye la.. mana2 pun sama je. janji bangun semayang subuh.. ekeke

wan
haa.. try la amalkan. tapi kalau tak jadi, jgn blasah blog ni dah le.. kekeke

10:52 PM  
Blogger hayad said...

aah btul.sy jg mengamalkan cara ni. tp kdg2 bila dh tersedor tu gatai pi tdo blk :P

1:50 AM  
Blogger Ezad said...

hayad
ye la. kadang2 dah terjaga kol 6, tapi nak lelap balik, tepuk bantal lagi 2-3 kali. sudahnya kol 3 la bangun.. hahaha

8:10 PM  
Blogger MT said...

boleh try ni....
cuma subuh jam 3-4 pagi.. nak gi keje jam 8.. tu buat letih masa keje (sbb selalunye tido balik).. tido dah le biasa je jam 11mlm...

2:53 PM  
Blogger Ezad said...

mt
try jgn tak try

11:50 PM  

Post a Comment

<< Home