Tuesday, March 06, 2007

Hari Ini

Bismillah...
OK, lepas bengongz dua-tiga hari, aku rasa, hari ni aku dapat semangat baru. hehe.. poyo je
Aku nak cerita peristiwa semalam
Semalam, aku kembali memegang cangkul. hehe.. Aku mula bercucuk tanam semula. Semalam aku tanam cili dan bendi. Bukan aku tak pernah bercucuk tanam. Tapi, pokok yang aku tanam dulu dah mati akibat hujan berterusan yang hampir menyebabkan banjir pada bulan 12 dulu. Dulu ada terung, cili, bendi, kangkung tapi semua tu dah mati. So kena la start dari tanam benih balik. Nasib baik pokok misai kucing aku tak mati.

Haa.. ni la untung duduk kampung kan? Boleh bercucuk tanam, boleh bela ayam. Lepas bercucuk tanam, aku bagi ayam-ayam aku makan lak. hehehehe..



Tau tak ni apa? Ni la busut kat belakang rumah kita orang. Aku tengok busut ni makin lama makin besar. Rasa-rasa boleh tak kita buang busut ni?
Teringat lagi, masa aku tahun 5, aku kena batu karang. Masa memula kena tu, tak gi hospital, ingat kan ape hal la kan, makanya nenek aku bawak la gi jumpa sorang nenek ni. Dia ni pandai ubat orang sakit guna kaedah tradisional la. Kira cam dukun la gitu. So nenek ni pun jampi serapah la. Sapu air sirih kat seluruh badan aku. Lepas tu dia cakap, ni kalau tak kencing kat busut, mesti kencing kat air yang berarus. Last-last, masih sakit juga, terus gi hopital. Doktor kata kena batu karang. Tapi masih peringkat awal la. Btu lom besar lagi, so tak yah bedah. Makan ubat je. Pas tu semuanya normal balik. Setahun lepas tu, benda tu kena potong la... hahaha...
Korang pernah dengar apa-apa cerita pasal busut ni? Boleh kongsi? hehe Bukan kongsi fat cai.
Next? Tak der dah.. tu je la nak cerita pun.

4 Comments:

Anonymous baiksss said...

kene batu karang tu, kesnya sebab dok tahan kencing.bukannya kencing kat busut/air berarus.hihihi

dulu masa kecik2 byk la cerita pasal busut ni.semuanya ala2 nak menakutkan budak2 yg suka sgt panjat busut.tak silap org dulu2 ckp jgn panjat busut sbb tu tempat tinggal jin.ke camne tah.tak ingat sgt. :-)

3:15 AM  
Blogger ummibatrisya said...

salam,

bestnya dapat bercucuk tanam. ummi bercucuk tanam jugak tapi semuanya dalam pasu.

busut? masa kecik2 dulu org tua2 suka cakap pasai busut. skrg ni kalau anak ummi tanya pasal busut agaknya ummi kena pegi rumah ezad untuk tunjuk kat dia. rasanya dah lama ummi tak jumpa busut.

9:37 AM  
Blogger achik said...

bestnya bercucuk tanam... dulu ada gak bercucuk tanam tp skang dah duk rumah awangan x dpt dah...

besarnya busut tu...

4:45 PM  
Blogger Ezad said...

baiksss
ye la. punca utama batu karang adalah sebab kita tahan kencing. garam mineral terkumpul kat pundi kencing. tu yang jadi batu tu. haa.. garam mineral tu mesti anak derhaka kan? tu yg kena sumpah jadi batu tu. mcm si tanggang la
tu la, banyak cerita yang misteri pasal busut ni. kadang2 was2 gak nak buat tak senonoh kat busut ni. handal tok nenek main psyco kan?

ummi
ha ah.. memang best pun. dulu, tak reti pun nak bercucuk tanam. sebabnya merantau lama kat KL kengkononya la. tapi lelama, tanam sesikit syok la pulak. tak pe, tanam dlm pasu pun bercucuk tanam gak
haa.. meh la dt rumah. buat lawatan sambil belajar untuk anak2 ummi.. hehe

achik
kalau rumah dah di awang awangan, gi pasar je la.. hahaha
busut tu rasanya makin lama makin besar. tapi tak tau la, nampak je mcm membesar, tak pun badan ku yang makin mengecil :)

10:20 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home