Saturday, March 10, 2007

Kisah Kasut

Bismillah
Kak Red marah-marah pasal kasut yang dia beli kat Primavera tu dah rosak (sorry Kak Red, Primavera tu jenama kasut ke, jenama butik.. kekeke). Dia baru pakai 3 kali tapi tapak kasutnya dah tercabut. Kesian, kan? Kalau aku pun marah. Beli mahal-mahal, tapi cepat rosak. Tak puas nak pakai. So, untuk menyokong Kak Red, aku buat entry ni. Sokong untuk marah Primavera la. Tapi, aku tak nak cerita pasal kasut Kak Red tu, aku nak cerita pasal kasut lelaki.
Semasa seminar WDC Rangkaian Usahawan Muslimin baru-baru ni, Dr Azimuth bagitau bahawa beberapa produk terbaru akan masuk ke dalam pasaran. Antaranya adalah kasut. (sebagai promosi, selain kasut ada minyak wangi, produk gamat dan barangan penjagaan muka juga akan dikeluarkan). Kasut yang akan dikeluarkan adalah kasut wanita sahaja. Tiada kasut lelaki. Bila ditanya kenapa, Doc jawab...
Macam mana nak jual? Kasut yang I pakai ni pun dah 5 tahun dah, tak rosak-rosak pun lagi. So, kalau kita bawak masuk 1 kontena, entah bila nak sold out. Orang lelaki ni kasut dia paling banyak pun 2 pasang aje.. kakakaka...
Menarik? mesti la, sebab kasut lelaki lebih mantap.. hehehe.. Untuk aku, sepasang kasut akan mengambil masa 4-5 tahun untuk dilontarkan ke pusat pelupusan sampah. Biasanya, aku tak hantar kedai repair kalau mengalami masalah tapak rosak. Kalau rasa boleh pakai, aku pakai je. Kasut terkini aku, apa ntah brandnya, dulu sekali tapaknya tercabut (kasut murah la ni). So, aku gi workshop tempat aku bekerja dulu, ambik super glue. Setengah botol aku tuangkan kat tapak kasut tu. Sehingga hari ni, tak tercabut pun lagi tapaknya. Dan aku masih lagi menggunakannya hingga kini.... hehe..

12 Comments:

Blogger Zackyun said...

aku ada 2kasut je-kasut sukan adidas dan kasut kuliah-hp..

kasut aku yang ke kelas dah nak masuk 2tahun.masih ok walaupun sedikit lusuh.aku aim 3tahun nyawa dia...aku nak naik pentas masa grad dgn kasut lusuh tue!!!!

eh,aku ni ppuan tau...tapi aku tgk laki suka beli kasut adidas berdozen2...?metrosexual eh?

11:26 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

This comment has been removed by the author.

6:48 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

kite serupa.. pakai sampai dah nak hancur baru beli lain hehehe sbb nak cari yg berkenan tu mak aiii payah sungguh..

mana list nya? kata nak bg..

6:51 PM  
Blogger Ezad said...

zackyah
ye la, kasut sedikit lusuh tak der hal maa.. sapa nak belek?
lelaki yg suka beli kasut berdozen2 tu, tak tau pulak ape jenisnya.. huuhuhu

ayu
dah sent dah.. sorry la. lama sgt menghilang, lupa lak.. keke
nanti order tau.. hehehehe

12:04 AM  
Blogger chempaka said...

rasa mmg membazir beli kasut byk2! tapi senang nak match ngn baju maa...baru cun! :)

1:42 AM  
Blogger hayad said...

pomp mmg suke tuko2 kasut :D best ape..hehehe

1:51 AM  
Blogger Purpleheart said...

Kalo beli kasut selalu beli warna itam sebab match dengan sume baju. Pakai sampai tak boleh nak betulkan lagi, selagi boleh tukar tapak, tukarla..

Ex dulu yang suka beli kasut banyak2.. kasut jalan aje ada 3 pasang.. belum kasut sukan dan futsal.

10:28 AM  
Blogger Ezad said...

chempaka
ye la. kalau baju kuning, kasut kuning, kalau baju biru kasut pun biru.. ye tak?

hayad
tak salah kalau nak beli. janji hati gembira :)

purpleheart
ye la.. terpulang la kpd individu tersebut. kalau dia rasa dia nak beli banyak2, takkan nak halang. janji puas hati.. kekeke

8:15 PM  
Blogger Red Mummy said...

bukan akak dah letak komen ke?

mana pi komen akakkkkkkkkk


cii lah

anw, kst laki mmmg makan taun br jahanam, pelikkan? yet pakai ari2 lg dr pomp but pomp nye kasut cpt je kojol

10:24 PM  
Blogger Ezad said...

kak red
la.. mana lak pegi nya?? akak letak kat celah mana??
ye la.. kasut lelaki lebih tahan lama. pakai la pi mana pun, ianya tetap mantap dan mapan. tak lekang dik panas tak lapuk dik hujan. kekeke...

11:20 PM  
Blogger shafarina said...

ishk

aku pun pakai primavera gak.. belasah jek gi pasar - kerja - kelas - outing semua

takde masalah pong

p/s: jgn boikot.. aku suker kasut2 dia.. :P

9:45 AM  
Blogger Ezad said...

wan
opss.. ye ke? aiseyy.. sorry la. hehe..
ni bukan boikot.. ni marah. marah tanda sayang kan? hehehehe

11:49 PM  

Post a Comment

<< Home