Kursus Intensif Membuat Perhiasan Kristal
Bismillah
Hari ni, aku gi kurus kat Pusat Latihan EDI di Durian Tunggal. Kursus membuat perhiasan diri dari kristal, salah satu produk yang terdapat dalam Rangkaian Usahawan Muslimin. Dengan pengetahuan ini, aku boleh buat produk perhiasan kristal aku sendiri. Pada mulanya, tangan agak aku nak buat benda-benda tu tadi. Tapi dah praktis beberapa kali, tak der la kekok sangat. walaupun hasilnya agak kasar. hehehe...
So, selepas ni, sesapa yang berminat nak barangan kristal dari aku, boleh la bagitau. Harga yang disyorkan adalah diantara RM10.00 hingga RM50.00. Untuk permulaan ni lah. Kristal yang digunakan adalah kristal asli yang mana ianya mengandungi getaran warna dan cahaya. Dengan adanya getaran warna dan cahaya ini, batu kristal ini dapat membantu seseorang dalam melawan penyakit yang dialaminya. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami darah tinggi, penggunaan batu kristal berwarna biru, hijau atau oren dapat membantunya melawan penyakit tersebut. Namun, ianya adalah bersifat terapi yang mana merupakan perubatan alternatif sahaja. Insyaallah, aku akan tulis tentang kegunaan batu kristal ini dalam blog Kesidang Teguh Enterprise nanti.. tungguuuuuuuuuuu
9 Comments:
encik ezad letak ler gambar.. boleh saya pilih. :)
Ceh wah, baguslah macam tu. Kalau ada kursus buat kristal macam tu kat sini mesti saya pun dah pergi. Mula2 memang hasil kerjanya kureng, tapi bila lama2 mesti mengancam, terancam..
wan
nanti saya letak gambarnya. tapi ni dari kilang punya la. yang saya punya belum siap. tengah belajar lagi
purpleheart
ye la. memula hasil kita akan dikecam, kemudian baru la mengancam.. hehehe..
korang nak jual kristal ni tak? nanti saya bagi harga special
Kalo jual sambil belajar boleh tak?
jual sambil blaja? nak jual apa? hehe
Ler, apa lagi kalau bukan gelang kristal, hehehehe.. jangan marah ek.
smlm lain entry, ni lain entry
mana entry yg akak dah komen smlm?
purpleheart
oo.. nak blajar buat kristal? boleh.. cam ne nak ajar? hehe
red mummy
ye la.. ada masalah sket semlm. nak tulis komen pun tak leh
A'a ya?? macam la duk sebelah umah nak ajar, hehehehe, sabo aje la.
Post a Comment
<< Home