Thursday, March 29, 2007

Lagu Kenangan Lalu

Siapa Dihatimu? - Rahmat
Pernah dengar lagu ni?
(klik untuk dengar)
Lagu ni popular tahun 1993. Memang meletup lagu ni masa dulu-dulu. Aku pun suka dengar lagu ni. Ada cerita di sebaliknya. Aku tak pasti samada aku dah pernah tulis pasal ni kat blog. Kalau dah, tak pe la. Ulang tayang je la.
ooo... kalau korang mengharapkan sebuah kisah cinta, aku minta maaf, kisah cintaku hanya termaktub dihati, tidak di blog.. muahahahaha
OK lah. Berbalik kepada lagu ni. Tadi aku layan Sinar FM. Masa tu Abby Fana online on air. Sekali dia putarkan lagu ni. Teringat la suatu kisah di sebalik lagu ni. Secebis je. Bukanlah sebuah kisah yang panjang.
Lagu ni popular pada penghujung tahun 1993. Masa tu aku form 5. Nak dijadikan cerita, lagu ni popular masa aku ambik SPM. Dan kejadian ni berlaku ketika aku nak ambik exam SPM la. Aku lupa paper apa masa tu, tapi yang pasti tengahari lah.
Seperti biasa, aku menyiapkan diri untuk ke sekolah. Dah tentu la aku pakai uniform sekolah, kan? Dah siap semua, aku pun melangkah keluar, nak tunggu bas. Lepak la kat bus stop. Bus stop ni pulak depan sebuah kedai runcit. Nak jadi cerita, akak kedai runcit ni bukak radio, berkumandang pulak lagu ni. Sedang aku menghayati bait-bait lagu ni, bas yang sepatutnya aku naik, meluncur laju di hadapan aku. Aku terkejut sebab terpandang bas yang dah terlepas. Aku cuak giler masa tu. Exam lak kurang dari sejam dan kat kampung aku time tu bas sejam sekali. Muahahaha... peluh jantan pun keluar (oh!! peluh pun ada jantina rupanya). Sudahnya, aku tahan teksi. Fuh!! patut tambangnya 30 sen, dah jadi rm3.00 (lebih kurang la. Aku tak ingat berapa yang aku bayar ketika itu. Maklum la, dah 14 tahun berlalu. Tapi yang pasti, tambang teksi lebih mahal dari tambang bas kan?).
Nasib baik aku sempat ambik exam. Kalau tak, tak pasal2 je paper tu aku fail. Subjek apeeee ek?? Lupa dahh....

10 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Laa, sebaya rupenye, amik spm tahun 1993. Memang lagu tu bermakna sangat walaupun masa tu tak ada pengalaman bercinta. Bila menginjak usia dewasa barulah faham maksud lagu ni..

9:06 AM  
Blogger s * h * i * m * a * h * z said...

tula.. preoccupied sngat (cakap mcm dlm iklan tu ye.. hehehe)
dgr lagu ni, teringat zaman skolah.. ishkkk..

11:09 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
haha.. ingat adik ke.. abg? hehe..

shimahz
ha ah... baru teringat iklan tu..haha

11:25 PM  
Blogger Purpleheart said...

Rasa macam abang, kot terasa diri tu muda lagi.. (perasan ya)

11:59 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
isk.. apesal rasa cam abg lak? kan ke muda remaja lagi ni.. hehe

8:55 PM  
Blogger Purpleheart said...

Saye yang rase muda, tu rasa orang lain tua.. hehehe, jangan marah ek, nanti cepat tue..

10:33 PM  
Blogger Ezad said...

purpleheart
tak marah. tak tua.. hahahaha

10:38 PM  
Blogger mamabear said...

eh! jgn bgaduh..saper tua saper muda..thn 1993 ye .. masa tu saya baru form 2.. maknanya saya lagi muda dari ezad dan purpleheart...hehe..
lagu ni jiwang.. tula lain kali jgn preoccupied lagi.
korang bgurau ye..bukan bgaduh(ops sory kacau daun):) wish u all da best in bisnes n life..

1:24 PM  
Blogger Ezad said...

mamabear
amboi.. nak mencelah gak ye.. hehe.. terima kasih

11:31 PM  
Blogger Purpleheart said...

Isy, macam terasa namaku dipanggil..

7:04 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home