Pelaburan Internet
Bismillah...
Pelaburan internet adalah haram. Itulah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Ianya haram kerana wujud unsur riba di dalam urusniaganya.
Aku mengenali pelaburan internet ini agak lama juga. Banyak tawaran yang singgah dalam in-box email aku. Ramai juga rakan-rakan yang mempelawa menyertainya. Sambil mendakwa telah menerima beberapa ratus ringgit dalam beberapa bulan. Tetapi hati aku tidak terbuka untuk menyertainya. Walaupun tawaran yang diberikan cukup lumayan dengan modal yang sememangnya mampu aku berikan (tak banyak mana pun, RM50-RM100 sahaja). Rupanya betul kata hati kecilku. Sesungguhnya pelaburan internet ini meragukan.
Semasa menghadiri satu seminar baru-baru ini, penceramah menyatakan 3 cara untuk menjadi kaya telah pun diakui seluruh dunia iaitu dengan bermain judi/loteri, berniaga dan mewarisi harta pusaka. Tetapi beliau menambah, untuk rakyat Malaysia, ada 1 cara lagi iaitu pelaburan internet.
Rakyat Malaysia mudah menerima perkara-perkara seperti ini. Perkara-perkara yang modal sedikit tapi untung lumayan dan cepat, tidak perlu jual barang, dan tidak perlu bekerja sekadar duduk di depan komputer sahaja. Inilah perkara-perkara yang paling disukai oleh rakyat Malaysia, khususnya kaum yang warna kulitnya sawo matang. Natijahnya, perkara-perkara yang disukai itu sebenarnya haram.
Namun begitu, tanpa disogok dengan pelbagai kata-kata manis, tanpa bukti transaksi akaun, aku telah memilih perniagaan prepaid secara SMS. Sudah lama juga perniagaan aku yang satu ni. Hamir 2 tahun. Tetapi, keuntungan tidaklah seperti pelaburan internet. Di samping itu, aku juga terpaksa keluar menjual prepaid itu kepada orang ramai. Tidak boleh tunggu orang datang bagi duit. Itu, pelaburan internet boleh lah :)
11 Comments:
Sebenarnya pelaburan internet ni kesinambungan dari surat2 yang bercetak, yang memaparkan kisah kejayaan orang2 tertentu yang memperolehi wang dengan 'tidak sengaja' lalu mempelawa yang lain ikut serta. Caranya memasukkan sejumlah wang tertentu ke dalam akaun sipolan bin polan dan tunggu sehingga sekian masa.
Oleh kerana perubahan teknologi, maka cara itu ditukarkan pula ke dalam internet. Ada juga yang menawarkan rm10 aje, tapi mungkin itu hanya 'trick' semata2. Kalau rm10 dalam masa sebulan dapat rm10,000. Kalau lebih??
Entah macam mana, hati ni memang tak pernah percaya pada perkara2 sedemikian. Masakan duit boleh beranak begitu aje, melainkan duit itu dilaburkan atau dibuat perniagaan. Tapi pelaburan dan perniagaan pun adakalanya melibatkan untung dan rugi. Masakan hanya untung semata2? Meniaga apa nie, dadah ke?
Kadanga2 sayang rasanya orang yang berkemampuan ni sanggup laburkan duit kepada satu cara yang belum dipastikan sahihnya. Hanya kerana melihatkan kejayaan orang lain yang belum tentu betul atau sahihnya.
sori, komen panjang sangat.
Alhamdulillah la saya pun tak termakan pujukan dgn 'kejayaan/kekayaan' sekelip mata ni... tapi masalahnya ada saudara terdekat yg join benda ni.. dan bg saya yg jauh lebih muda dr mereka, agak susah nak 'nasihatkan' mereka yg benda ni haram... percaya la walaupun dah difatwakan haram tp masih ada yg masih buat2 tak tau...
purpleheart
tadi tgk kat tv, beberapa pengadu menceritakan pengalaman mereka. semuanya kerana nak untung cepat, tanpa kerja kuat. senang2 je bagi kat orang RM1k.
achik
betul tu. dia org ni boleh la disamakan dengan org yg main no eko tu. membayar sekadar dptkan kertas kecil
ingat skim cepat kaya? pak man telo dll? sama la tu.... tak serik2
Itula pasal, kenapa lah mereka tak pernah fikir masak-masak ya..
mungkin kerana mereka tahu tetapi kurang memahami maksud haram? huhu..sedihnya...
ada setengah org tu nak 'halalkan' yg haram tu, diorg kata duit tu tak haram.. yg haram tu perbuatan... aduss!!
all
matlamat menghalalkan cara. nak kaya cepat, yang haram pun 'dihalalkannya'
sekarang ni, kebanyakan dari iklan pelaburan internet ni dah ada tanda ha lam alif lam. pandainya...
silap tfsirn orang kebanyakan skrg ni, kan? yg halal ttap halal, yg haram ttap haram.
tp aku ttap aku, beb! hehe..
azzam
tak tau lah tu, mcm2 perangai lah
Post a Comment
<< Home