Friday, May 11, 2007

Bandar Maharani

Bismillah..
Beberapa hari ni, aku berulang alik ke Bandar Maharani. Siapa tak tau Bandar Maharani tu kat mana? Kat Muo ler.
Kali ni, aku berusaha untuk dapatkan freelance kat sebuah kilang perabot. Yang freelance kat Serkam hari tu, senyap je. So aku tak nak fikirkan yang tu. Aku nak dapatkan freelance dari kilang kat Muar ni. Hari Selasa hari tu, dia suruh siapkan 1 design. Dan hari ni aku submit, dapat pulak yang lain lagi. ehehehehe....
Syok juga driving ke Muar ni. Tak der la sesak sangat. OK la.. Kalau dah siap highway baru tu nanti, sure berdesup je orang Melaka nak ke Muar. Boleh lebarkan sayap ke Muar ni... tak jauh sangat. Memula pergi hari tu, rasa cam jauh je. Tapi tadi kira-kira, dalam 45km je. Boleh la pergi selalu. Tu la pepatah mengatakan, alah bisa, tegal biasa.. betul ke tu?

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home