Wednesday, July 25, 2007

Guru dan Pelajar

Bismillah
Sekarang adalah musim guru dan para pelajarnya. Musim bumbung bocor dah habis dah. Jadinya, saban hari, kita akan didendangkan dengan cerita-cerita pasal guru tampar murid, guru rendam murid dan tak kurang juga murid saman guru.
Beberapa hari lepas, ada yang berpendapat, pelajar sekarang lembik dan manja. Tapi bagi aku, mereka bukan lembik. Tapi mereka degil. Kepala batu. Kurang ajar. Tak der sebab mereka tu lembik. Kalau lembik, dia org tak aggresif. Tengking sikit dah nangis, balik mengadu kat mak bapak. Mak bapak pujuk, bagi cokelat. Diam la. Baru la lembik dan manja.
Dalam kes-kes kebelakangan ni, aku akan berpihak kepada guru-guru tu. Setakat ni, aku rasa, guru-guru tu tak der la bertindak di luar batasan pun. Takat rendam si pengotor dalam kolam kotor, memang patut pun. Pengotor mesti duduk kat tempat kotor. Salahkah guru mengajar sebegitu rupa?
Aku percaya, anak-anak akan mengadu kepada ibubapanya tentang kejadian di sekolah dengan menyatakan yang dia adalah mangsa. Takkan ada anak yang menceritakan yang dia buat salah kat sekolah. Yang mak bapak ni pulak percaya bulat-bulat. Dia tak tau, yang dia dah kena kencing dengan anak sendiri. Tanpa usul periksa, terus serang guru. Buat laporan polis, lapor kat TV3. Sudahnya, cikgu yang jadi mangsa.
Budak-budak zaman sekarang, semuanya tak boleh ditegur. Bila guru tegur sikit, mula la buat macam-macam. Sakit hati guru tu dibuatnya. Guru pun manusia juga. Ada had kesabaran.
Tapi apakan daya, lebih baik makan hati dari jentik anak orang.
Tak pe la cikgu... Ada hikmah disebaliknya.

5 Comments:

Blogger Unknown said...

kt m'sia byk musim. musim hujn. musim buah. musim bumbung. musim dera. tk pelik la kan. heh!

2:53 PM  
Blogger cepotet said...

hhmm.. ape nak buat. guru umpama lilin. terpaksa membakar diri untuk orang lain. moga para guru bersabar je..

sib baik erni bukan seorang guru. memang darah tinggi jadinya. layan kerenah staff kat opis pun dah tensi. oh tidak..! *sengih*

2:15 PM  
Blogger Nadia & Babe said...

aku pun agree dengan kau la. Diaorg buang benda "kotor" diaorg, org lain yg seluk angkat. Kena rendam sikit, pandai pulak complain. Aku yg pompuan ni pun malu. Aku pun duduk hostel tapi takdela sengal mcm tu

kalau aku jadi cikgu tu memang aku takkan mintak maaf. Aku sanggup resign!

1:25 AM  
Anonymous Anonymous said...

pernah terjd di tmpt akak di mana seorg pelajar lelaki teruk dibelasah oleh sekumpulan remaja semasa berada di dalam MRT. ibu kpd pelajar lelaki tersebut bermati2an memberitahu wartawan bahawa anaknya seorg anak yg baik dn mendengar kata. kebetulan ipar akak menjadi guru di sekolah pelajar tersebut. dia beritahu akak bahawa pelajar lelaki itu merupakan samseng sekolah dan sudah beberapa kali ditangkap dan dihukum kerana tidak berdisiplin semasa di dlm sekolah.

1:42 PM  
Blogger Ezad said...

azzam
memang tak pelik. malaysia ada segala-galanya. selamat ulang tahun kemerdekaan ke 50

erni
ye la. bukan perangai budak2 je yang boleh sakitkan kepala.. kawan2 pun.. hehe

babe
aku tau. ko akan senantiasa sokong aku.. kekeke..

nor ash
tu mak bapak masih tak percaya, kan? sekarang ada kes cikgu kena cekik, student tu kena buang sekolah. bapak dok backing anak dia la

10:35 PM  

Post a Comment

<< Home