Saturday, July 14, 2007

Lagi Teruk

Bismillah...
Satu lagi keputusan diterima. 5-0. Lebih teruk dari keputusan yang lepas. Syabas sang harimau, kerana mengekalkan rekod tanpa memang di kandang sendiri. Lupakan sahaja perlawanan yang berikutnya. Pasti kalah lagi. Dan pasti tiada siapa yang akan menonton. Tak perlu kerah kudrat lagi. Pulanglah ke kampung. Main sahaja bersama budak-budak kampung kalian. Tanpa jersi, tanpa but dan tanpa media yang akan memerhatikan kalian bermain.
Bapak-bapak yang di dalam persatuan tu, bawa-bawa la cari benda lain nak buat. Tak perlu la ke pejabat persatuan. Kerana, kalian sendiri tak reti buat kerja tu. Setakat beri alasan, budak tak pergi sekolah pun boleh buat.
Rakyat terus menerima aib. Dari tengok sang harimau main, lebih baik bawa MU datang sini hari tu. Negara membazir tak tentu pasal. Bayar gaji, bayar elaun, buat projek macam-macam.. hasilnya entah ke mana.
Lepas ni rasanya tak perlu la dok berebut nak jadi tuan rumah acara sukan tu. Buat malu kaum je. Tak pe la, main kat tempat orang. Kalau kalah pun, tak der la malu sangat. Tapi kalau kejohanan tu jauh-jauh sangat tak payah la pergi. Buang duit rakyat je. Setakat main nak timba pengalaman, tak perlu la pergi jauh-jauh.
Bila nak maju ni???

11 Comments:

Blogger kakLuna said...

nih aku baca dalam mastika bln 7,dalam ruangan pelik tapi benar kat Malaysia

graduan universiti kalau bekerja sebulan puratanya dapat gaji RM1,200.00, tapi pemain bola sepak negara menerima gaji RM7000-RM8,000 sebulan, tapi main macam budak sekolah rendah

pelik..pelik..

12:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

malu je!


sokongla chelsea!hahaha

12:40 PM  
Blogger Ezad said...

kakluna
mereka bermain ibarat org bekerja. masuk kol 8, keluar pukul 5. kerja tak siap, sambung besok. kalau tak boleh buat, belasah aje. mcm tu juga la mereka. janji main. kalah menang, belakang kira. hujung bulan, terima gaji.

babe
chelsea mariiiii

9:57 PM  
Blogger aNIe said...

Hahaha...kak lady gelakkan anak yang jadi peminat bolasepak tu sampai ari ni tak abis2...

Ntah aper2 le pemain2 bolasepak ni...pemain & jurulatih & pegawai2 atasan tu semua 2 x 5....jgn le nak menuding jari pada sesiapa..

Betul tu...berebut nak jadi tuanrumah...tapi buat malu kaum aje...

1:10 PM  
Blogger Titicaca said...

5-0 tu hadiah untuk 50 tahun kemerdekaan...cantekkk...

sokong MU datang lagi baik..

1:14 PM  
Blogger Red Mummy said...

mana ko ilang ye....

x yah sokong yang kalah teruk ni

sokong saja red diva team..

1:07 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

pasal tu aku tak suka tgk M'sia main harus potensi utk kalah tu terserlah!!!

4:08 PM  
Blogger Ezad said...

kak lady
kalau dia org minat, galakkan la. mana tau, suatu hari nanti jadi bintang. bukan mcm pemain sekarang ni. leg bench.. hehehe

titicaca
ala.. ko asal MU je terus sokong. kalau chelsea?

red mummy
lama kak red tak lepak sini. bizi main squash ke?

mama risyiariana
kalah menang adat bertanding.. hehheh

9:39 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

hmmmm malam tadik 18/7- 2-0 ok ke ko??

12:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

mcm ni la kalau pemain sudah dimanjakan... not fun at all. betul2 tak best la team diorang tu main.

12:27 PM  
Blogger Ezad said...

aku bukan bidadari
ko lerr... menang 1-0 pun tak guna.. hehe

ladymariah
memang tak best pun.. baik sokong chelsea.. hehehe

11:26 PM  

Post a Comment

<< Home