Mari Makan Buah - Edisi Batuk Menggila
Bismillah..
Aku batuk. Tahap TB
Sakit tol dada aku nih. Adoii.. bahana buah rambutan la ni
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun Untuk hidup kaya Aku cari bukan wang berjuta-juta Untuk hidup bergaya Aku cari bukan kawan-kawan Untuk hidup sekadar berfoya-foya Aku cari mana dia Al-Ghazali Aku cari mana dia Al-Shafie Kita bongkar rahsia kitab suci Cari pedoman Kita bongkar rahsia sunnah Nabi Cari panduan Aku hidup kerana Dia Rabbi Dialah teman Dialah wali Dia mencukupi Aku hidup bererti Menikmati damai abadi *Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi*
4 Comments:
Amboi.. makan biar berpada-pada. Minum ubat batuk atau pun minum air kembang semangkuk rebus dengan gula batu.
Sapa-sapa ada semput memang pantang makan rambutan nie.
batuk tu ujian, bro. ko nk tau ujian apa? ujian suara. batuk2 ni kalo baca sajak macho woo..
purpleheart
hehe... benda depan mate. takan jamu mata je. jamu la tekak sekali.. hehe
eh! air kembang semangkuk tu mcm mana? citer sket. petua baik tu
azzam
apa kata kalau azan kat masjid? hehe
Biasa ada kat kedai runcit india, kalo makan ABC, isi yang kaler coklat tu namanya kembang semangkuk le. Bendanya buah, rendam air panas (kalo malas nak masak la) bubuh sikit gula batu dan minum. Kalo rebus, isi kembang semangkuk tu lagi lembut. Biasa bulan puasa ada jual air laicikang ada bubuh benda ni.
Petua orang melayu amik madu. Baru ni ada kawan kat opis kata amik kicap manis atau masin dalam 3 sudu besar perah dengan 1/2 biji limau nipis. Minum cenggitu. Derang kata ok petua tu.
Petua lagi kalo dada sakit sebab batuk. Sapu daun ati-ati yang telah digosok kat belakang pasu. Kalau susah cari daun ati-ati, amik minyak cap kapak jadi ganti. :-)
Post a Comment
<< Home