Belajar 1 Perkara
Bismillah...
Hari ini, ke Serkam. Tak tau pulak kilang ni ada assembly hari Sabtu, maka aku pun join. Dok tepi je. Dengar beberapa ucapan dari pihak pengurusan. Ada satu cerita yang menarik bagi aku:-
Seorang bapa bersama seorang anak kecil, menuju ke suatu lembah. Setiba di satu kawasan bapanya menjerit.
Hoiiiii!!..
kemudian terdengar pantulan semula suara bapa itu tadi. Anak kecilnya mula kehairanan dan bertanya kepada bapanya, kenapa 'orang itu' meniru jeritan bapanya. Si bapa tidak menjawab.
Si anak kehairanan dan menjerit
Hooiiiiii!!.............. pantulan..... Hooiiii!!!
Kenapa kau ikut aku?...... terdengar pantulan dengan ayat yang sama
Engkau jahat!!..... masih kedengaran ayat yang sama
Si anak yang tidak berpuas hati mula mendesak bapanya menerangkan keadaan sebenar
Maka bapanya memberitahu...
Apabila kamu mendapati setiap perkataan kamu diikuti, maka, luahkanlah perkataan yang baik-baik sahaja. Jika kamu berkata perkataan yang buruk, maka 'orang itu' akan membalas dengan perkataan yang buruk juga. Setiap perbuatan kita akan dibalas. Jika baik yang kita lakukan, baka baik la balasan yang kita dapat.
Makanya, jika kita mahu orang buat baik kepada kita, maka kita hendaklah terlebih dahulu berbuat baik kepada orang lain.
Dalam pukul 10 pagi, ada breakfast, Si Vivian ajak aku gi kantin. Dia belanja.. hehehe.. alahaii.. comelnya amoi sorang ni :)
.................................................................................................
Lepas habis kerja kat Serkam, aku ke Bukit Rambai pula. Hantar barang kat kawan lama. Jumpa akak guard juga. Dia kata aku gemuk sejak jadi businessman ni.. kekeke
6 Comments:
gemuk tu tanda poket kembang, hati senang..sukses ya (wah cam artis indon lak yg cakap.. kih kih..)
gemuk? nak masuk geng 3G ker?
hihi
mamabear
ekeke... poket tembang? poket makin kuris kering ni.. kekeke
skidg8
bukan gemuk 3G tu.. gemuk berisi.. hehe (tak nak ngaku ke ni?)
hmmm...
buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali
memang dah menjadi lumrah dunia
yang baik dibalas baik
yang jahat dibalas jahat juga...
eh.. ezad dah gemuk ek~??
meh test skit.. *cubit pipi dia*
teeheehee....
bagus pelajaran tu.. tp si bapa x menerangkan konsep gema pada si anak.. ;p
kuncup
atoii.. ape main cubit2 ni.. cium karang haaa.. hahaha
achik
sebab bapanya tak gi skolah sains.. hehehe
Post a Comment
<< Home