Hari Bahagia Untuk PM
Bismillah..
Hari ini (semalam sebetulnya.. aku lewat 52 minit), Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi telah selamat dinikahkan dengan Jeanne Abdullah. Semoga perkahwinan ini membawa seribu kebahagiaan untuk Perdana Menteri.
Di samping itu, keluarga kami juga sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan adik aku. Majlis akan berlangsung esok (hari ini sebenarnya, aku lewat 52 minit).
Dalam pada maas yang sama, aku sibuk mengangkut barang-barang dagangan aku ke kedai. Alhamdulillah, semua stok sudah aku angkut masuk ke kedai aku. Namun masih lagi tidak teratur, sebab aku belum beli perabot seperti display rack, meja dan kerusi. Setakat ni, alas kotak je. kira boleh la tu.. hehehe
Lagi, aku sedang mencari pen drive aku. Entah mana lesapnya. Banyak data untuk freelance aku. Adohaiii...
2 Comments:
wah..paklah pon dah, adek ko pon dah jejak sebelah kaki.. eh.. ko bukan dah dah dah ke.. penin
*maklomlah dah lame aku tak onlen
ledi
pak lah dah second round
adik aku dah sebelah kaki
aku... next time laa.. hehe
Post a Comment
<< Home