Emosi Kecewa
Bismillah...
Pertama sekali aku nak minta maaf la kalau-kalau entry aku yang bertajuk Melayu Oh Melayu tu menyinggung perasaan umat Melayu. Aku bukannya apa, kecewa sangat-sangat dengan perangai orang Melayu ni. Kalau kau orang marah, kutuk la aku. Sememangnya aku juga Melayu. Bangsa yang banyak menerima kutukan dan hinaan.
Aku menghadapi satu situasi ini...
Ketika berada di suatu kawasan perindustrian, waktu rehat petang, disebabkan aku tiada ikatan dengan apa-apa peraturan di situ, aku mengambil masa yang agak lama ketika itu. Beberapa panggilan terpaksa aku buat ketika itu. Ketika waktu rehat telah tamat, aku dapati beberapa anak muda (Melayu lah) masih melepak sambil menghisap rokok. Tiba-tiba terdengar satu jeritan..(lebih kurang la)
suara : Hei Malai, masuk cepat la.. time kerja! (Kalau orang kita panggil rakyat Bangladesh sebagai Bangla, rakyat Indonesia dipanggil Indon, makanya rakyat Malaysia jadi Malai la)
anak muda : Kejap la. Nak habiskan rokok ni. Berlagak la si Bangla ni.
aku hanya memandang kumpulan itu sambil tersenyum
anak muda : Berlagak budak Bangla tu bang. Baru jadi supervisor tu.
Aku : Ikut je la. Dia supervisor
anak muda : alaaa.. kerja ajee pun bukan naik gaji pun.
Itu mentaliti bangsa aku. Kerja teruk-teruk tak naik gaji, naik pangkat jauh sekali. Tapi bagaimana pula si Bangla tu boleh naik pangkat?? Bukan sebab dia rajin ke? Sudah tentu la syarikat tu tak akan naikkan pangkat kakitangannya tanpa sebarang penilaian prestasikan?
Dah tau gaji kecil, berusaha la lebih keras. Ringan-ringankanlah tulang tu untuk bekerja. Ini, dah la gaji kecil, malas kerja lagi. Lepas tu kutuk taukey kilang sendiri, kedekut la, perah kudrat la. Engkau, duduk goyang kaki. Bangsa lain naik pangkat, kau orang masih dok takuk tu. Lepas tu dengki pulak. Bodoh punya orang!!
Natijahnya? Bangsa Melayu jadi kuli di negara sendiri. Bukan kuli rakyat Malaysia, tapi kuli Bangla. Jatuh betul maruah aku ketika kat situ. Bangsa aku kan tuan di negara ni, Bangla tu pendatang, tapi dia menyelia bangsa aku!
Aku sedar kini, bangsa aku hanya layak jadi kuli. Kuli Cina, kuli India dan kuli Bangla.
Syabas Melayu!! Kalau kau orang nak terus jadi begini, didik la anak-anak kau orang supaya bercita-cita menjadi kuli. Insyaallah, tercapai hasrat engkau orang tu nanti. Kuli, cukup la sesuap nasi.....................
(bodoh!)
Aku, tetap menyesal jadi Melayu
12 Comments:
hahahha oii Malai..apakhabar? ahaksss
Emm teruknya situasi camni...
Agak2 kalau Noushy disana nanti apalah dorang nak refer me as..hehhehe..
melayu, bukan melayu
omputih bukan omputih
susah jugak nih...
NS
kalau NS.. kita orang panggil melayu celup.. hehe
Aku sedih sangat baca pasal mat2 rempit nih.. baca pasal budak2 perempuan yang berani2 sangat berkawan dengan diorang ni.. probably bebudak perempuan ingat nak kawan jek, tup2 jadik lauk.. Nauzubillah keluarga aku daripada ditimpa macam tuh..
pasal jadik kuli, tu pon satu hal.. tahlah tatau nak cakap..
yang pentingnya aku tetap melayu.. aku tak malu jadik melayu, sebab aku bukan golongan melayu mentaliti kuli, melayu rempit, dan melayu biadap dan derhaka.
yang penting sekali.. melayu ke tak , tak penting.. yahg penting ialah kita kena jadi muslim sejati ye tak..
ezad,
sbb tuh hubby aku prefer duduk kat luar negara nieh.. lagi senang bekerja ngan bangsa lain .. drpd keje di negara sendiri .. masing2 takde kesedaran utk menaikkan taraf hidup sendiri .. and lebih2 lagi takde apa2 yg boleh nak dibanggakan pun .. kesian, bangsa sendiri dijajah di negara yg kononnya dah merdeka .. sedih jadi anak Melayu yg hanya dikelilingi oleh org2 yg Layu ..
sebenarnya, benda ni jadi bila kita selesa dgn kedudukan kita kat tempat sendiri dan majoriti orang sendiri.
mentaliti.
lain melayu yg dok kat rantau org atau melayu yg pernah jadi kaum minoriti kat mana2, dia akan berusaha utk survive. tapi kita kat sini, nilah jadinya.
ezad, minta2 cukup didikan aku kat anak2 aku tu..
arena
tu la perangai anak muda kita. masa on the way balik tadi pun aku terserempak dgn mat2 rempit ni. berlumba kat are ladang kelapa sawit. ikut rasa geram aku, nak je aku sodok seko2 bio tergolek. lepas tu biarkan aje kat kawasan tu
yatie
tapi at the same time, negara ni memerlukan tenaga muda untuk bangunkan negara. kalo dah sumer keluar, org lain masuk.. baik tukar negara je.. kan? hehe
wan
selain selesa, kita juga dimanjakan. semua harap bantuan itu, bantuan ini.
Ezad,
Tak salahnya entry pasal Melayu tu, sesekali kita kena basuh kepala (brainwash) masing2.. Memang dah kenyataan pun. Bukan cerita dongeng lagi.
Kita perlu disogokkan dengan motivasi, artikel kesedaran dan artikel yang membangun, bukan hanya sibuk dengan artis itu ini, kes cerai merai artis itu ini dan kes susuk musuk dan sewaktu dengannya.
Orang lain dah sampai bulan tapi kita masih merindukan bulan nun jauh disana.
Apa kata bila kita merindui bulan kita tanam azam, tunggu la bulan aku akan pergi kepada kau, ku pijak2 kepala kau, ingat kau gah sangat.. ekekekek.. dialog poyo semata2.
Oleh itu gantungkan azam setinggi bulan, jangan hanya sekadar tinggi atap rumah atau siling rumah aje. Bila azam dah cukup tinggi, pastikan juga usaha kita berpatutan dengan apa yang diusahakan. Insya Allah, semoga belia Melayu kini akan terus maju kehadapan.
purpleheart - apa sebut nama aku byk kali ni? hehehe...
ezad - hahaha..
Laa, sori ler, mesti kau tersedak2 setiap kali aku taip nama kau ek.. kekekeke..
purpleheart
wah.. cakap cam YB lak.. hehehe
azzam
dia sebut nama ko ke? hehehe
purpleheart
dia tersedak sebab makan serdak biskut
aku cina + jawa = melayu(dalam ic) hehe.
ad3ck
melayu luas pengertiannya. boleh rujuk sajak usman awang pasal melayu :)
Post a Comment
<< Home