Friday, May 18, 2007

Warkah Untuk YB

Assalamualaikum
Apa khabar YB? Semoga YB senantiasa sihat sejahtera dan mampu untuk terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya warkah ini mengganggu tugas harian YB. Saya mengerti tugas YB. Terlalu banyak. Dari soal bumbung bocor, sehinggalah wanita bocor, semuanya YB kena bangkitkan. Namun, saya berharap agar YB meluangkan sedikit masa untuk meneliti warkah ini.
YB,
Saya senantiasa mengikuti perkembangan YB dari masa kesemasa. Saya kira, YB ini popular jugalah di kalangan ahli-ali parlimen ketika ini. Namun, kepopularitian YB adalah lebih menjurus kepada populariti yang negatif. Nama YB mula menjadi sebutan ketika isu kastam, kemudian isu bocor. Semuanya membusukkan nama kawasan YB. Busuk lagi membusukkan.
YB,
Apakah tindakan YB itu membawa kebaikan untuk rakyat kawasan YB? Sudahkah YB hitung berapa banyak barang seludup yang dirampas di kawasan YB? Berapakah jumlah rampasan serta berapa banyak pula penyeludup-penyeludup itu didenda, atau dipenjara?
Sudahkah AJK-AJK masjid menghantar laporan berhubung kebocoran bumbung masjid di kawasan YB? Sudahkah YB menyemak aduan JKK-JKK berhubung beberapa jalan di kawasan YB ini masih berlubang dan tidak diturap dengan baik? Berapa banyak rumah-rumah di kawasan YB yang berlubang sana-sini? Rumah-rumah rakyat yang tiada bekalan air dan elektrik? Sudahkah YB melihat kesemuanya?
YB,
Kami hantar YB ke bangunan parlimen yang bocor itu adalah untuk membela rakyat di kawasan YB. Bukan berkokok pasal uniform kastam atau wanita bocor setiap bulan. Bawa lah isu bagaimana hendak jadikan kawasan luar bandar seperti kawasan YB ini kawasan yang maju. Mampu memberi peluang pekerjaan kepada para belia. Membuka laluan kepada peniaga-peniaga untuk mengembangkan perniagaannya. Meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Membela fakir miskin dan sebagainya.
YB,
Ada ketikanya, saya rasa kecewa bahawa YB adalah wakil rakyat kawasan ini. Hujah YB di parlimen tak jauh bezanya dengan YB pembangkang. Tiada isi. Bising macam tong kosong sahaja. Kalau begini, baik undi pembangkang sahaja.
YB,
Ini janji saya. Jika pucuk pimpinan parti YB terus meletakkan YB sebagai calon di kawasan ini untuk pilihanraya akan datang, saya akan undi calon lawan. Tidak jauh bezanya. Tetapi, kalau undi YB, memalukan parti Melayu sahaja. Kalau undi pembangkang, biarlah dia nak berkokok lagu mana pun, yang penting, tiada YB parti Melayu yang memalukan. Makanya, jika YB ditawarkan untuk menjadi calon, adalah lebih wajar sekiranya YB menolak tawaran itu. Berilah peluang kepada orang lain yang mana akalnya lebih panjang, bicaranya lebih beradab. Tidak sabar rasanya hendak menghadapi pilihanraya akan datang.
YB,
Jika YB mendakwa tindak tanduk YB selama ini adalah demi kepentingan rakyat, warkah ini adalah demi kepentingan rakyat juga. Rakyat di kawasan ini bukanlah kedana sangat. Masih mampu hidup walaupun wakil mereka merepek entah apa-apa dalam dewan itu. Tiada wakil sekalipun, rasanya kami tak merempat. Ada wakil, tapi sekadar perabihkan duit rakyat bayar gaji, tak guna juga, kan? Baik la duit yang ada tu digunakan untuk tukar atap rumah. Hendak harapkan pertolongan YB.. jangan harap!
YB,
Walau apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat YB. Walaupun khidmat YB tidak cemerlang (gemilang, terbilang apa tah lagi), namun setidak-tidaknya, YB telah mempopularkan nama kawasan YB selepas tenggelam seketika. Tapi, bukan itu tugas yang perlu YB lakukan untuk kami. Lain yang kami suruh, lain pula yang YB lakukan.
Semoga persaraan YB akan menjadi memori terindah buat YB dan keluarga.
Selamat bersara YB
Terima kasih
.................................................
(Pengundi tanpa parti politik)
............................................................................................................
*Warkah ini bertinta emas, bukan bertinta darah*
Siang tadi aku gi pejabat PPK Merlimau. Ambik kunci kedai aku. Ahad ni berangan nak sapu & letak barang sikit :)

5 Comments:

Blogger Unknown said...

YE..YE..DAH HAPDET..DAH HAPDET!

UNTUK SEKIAN KALINYA!




SALAM...
azzam

9:49 AM  
Blogger Purpleheart said...

YB sekarang tak macam YB dulu, sekarang lebih mementingkan nama dan pangkat semata2.. tengok ajelah 'Bersamamu'. Bila dah masuk tv baru sibuk nak tolong sama.. kalau tidak...

12:09 PM  
Blogger Ezad said...

azzam
dah hapdet? selamat maju jaya

purpleheart
ye.. yang berhormat sepatutnya ditukar kpd yg berkhidmat. kalo yg berhormat, dia akan fikir, org hormat dia je. menyampah betul

6:02 PM  
Blogger shafarina said...

:) Surat ni pos betul2 tak?

ps: nak tengok gambar kedai baru

10:58 PM  
Blogger Ezad said...

wan
tak pos. tapi kalau blog ni email kat yb-yb tu, ok kot.. tak direct sgt kan?

gambar kedai kat entry bulan april. ada 3 lot. kami lot tengah

11:12 PM  

Post a Comment

<< Home