Saat Yang Aku Rindu
Bismillah...
Fuh!! tajuk.. macam lagu pulak :)
Suatu petang, aku bersama rakan-rakan baik, selepas masing-masing pulang dari kerja. Kami singgah di suatu kedai mamak (mapley). Biasanya tempat duduk yang diambil adalah di luar, seperti bawah pokok atau, ruang kaki lima. Jarang kami masuk ke dalam. Semak! Sampai je, masing-masing order minuman dan makanan. Aku, order teh tarik (atau nescafe tarik) bersama sekeping roti canai (atau roti telur). Sementara menunggu order sampai, masing-masing bercerita. Sambil di selang selikan dengan gelak ketawa. Di atas meja, ada hand phone, rokok (dunhill, marlboro, gudang garam dan mild seven) serta lighter. Sambil sembang, sambil gelak.. sambil hisap rokok.Ada ketikanya, kotak rokok beralih tuan, melambangkan rakan mengepau rokok la tu (baca rasa rokok member). Bila order sampai, masing-masing makan dan di selang selikan dengan sembang dan gelak. Dah tentu la time makan tak hisap rokok.
Selepas melantak, seperti biasa, rokok dinyalakan lagi. Asap makin berkepul-kepul. Orang kata, lepas makan hisap rokok, nikmat! (memang betul la tu). Bila dah makan, sure dah tersandar.
Itu lah saat yang aku rindukan. Bila la nak lepak dengan kawan-kawan. Kebelakangan ni, lepak dengan orang-orang yang mempunyai kepentingan sahaja. Orang berniaga beb....
4 Comments:
w/p situasi mungkin berbeza.. tp saya pun rindu giler nak lepak ngan member2.. msg2 bzbzbzbbz.. huhu ;)
achik
ape bleh buat.. lepak je la sensorang.. huuhu
Lepas makan, masing2 isap rokok - gelaran untuk itu, sekumpulan naga sedang melepak.. Kalau kat kantin ofis, ada satu meja memang khas untuk naga2.. hehehehe..
purpleheart
tu naga sakti.. hehehe
Post a Comment
<< Home