Friday, June 01, 2007

Sudah Setengah, Tinggal Lagi Setengah

01.06.2007
Hari ini dah setengah tahun berlalu. Apa perkembangan diri sendiri. Masih ditakuk lama, atau dah meningkat setakuk, atau turun setakuk? Begitu pantas masa berjalan, kan? Waktu tak pernah menunggu kita. Dia akan berlalu pergi tanpa disedari. Rasanya baru semalam berlakunya peristiwa yang lepas-lepas. Masih lagi teringat peristiwa masuk sekolah, masuk tahun satu, belajar 3M, ayahanda dijemput Ilahi, tamat sekolah, hari keputusan SPM, masuk kolej, hari konvokesyen, temuduga pertama dalam sejarah hidup, hari pertama masuk kerja, hari terakhir di Sap*ra, tinggalkan ibu kota di waktu tengah malam untuk menetap kembali di kampung, hari pertama di K*C, memulakan perniagaan... semuanya berlalu tanpa sedar....
Bagaimana pula tentang ini...
Melalui ladang kelapa sawit pada tahun-tahun awal 90-an yang kini megah dengan Putrajaya, litar Sepang, KLIA...
Hari-hari ketika reformasi menular, kisah-kisah tunjuk perasaan, anti ex-PM.. seorang TPM dipecat..
Rakyat menangis ketika ex-PM meletak jawatan, perlantikan baru PM...
Apa lagi peristiwa yang diingati, tak mahu diingati tapi senantiasa berada dikotak minda, mahu diingati, tapi ingat-ingat lupa.
Sekarang sudah pertengahan tahun 2007....... usia makin tua, bumi makin panas
Ada seorang cikgu di pekan, dahulunya sihat, tapi hari ini aku terpandang, dia terlantar.
Aku, semakin banyak uban, badan sudah sakit-sakit, sesekali batuk... aaaaaaahh.. usia sudah lanjut.
Bila pula akan dijemput pulang...........

7 Comments:

Blogger Unknown said...

six down six to go..yeah!

7:42 AM  
Blogger Purpleheart said...

Dah setengah tahun berlalu.. azam tahun ni dah tercapai dah?

9:13 AM  
Blogger Ezad said...

azzam
kenapa setahun hanya ada 12 bulan?


purpleheart
belum lagi. suku je kot :)

8:29 AM  
Blogger achik said...

cepat je dah nak masuk separuh masa kedua tahun 2007 kan.. byk benda nak buat tp blum terbuat2 lagi.. huhu..

2:48 PM  
Blogger Ezad said...

achik
ye la... asyik bermimpi aje. dah setengah tahun dah.. :(

11:31 PM  
Blogger Purpleheart said...

Tak pe, masih ada 1/2 tahun lagi untuk merealisasikan impian tahun 2007.

7:09 PM  
Blogger Ezad said...

1/2 tahun tu pun.. laju je tu. kalau dok terkial2 sekarang ni, memang tak tercapai la.. :(

12:57 AM  

Post a Comment

<< Home